PUTRAJAYA 26 Mac – Berkuat kuasa mulai 17 Mac lalu, kerajaan telah menaikkan bantuan tunai secara interim bagi penerima BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi sebanyak RM100 menjadikan RM300.
Menurut Kementerian Kewangan (MoF), langkah ini bagi membantu meringankan beban pengguna diesel susulan kenaikan harga minyak global.
Semalam MoF dalam kenyataannya berkata, kerajaan kekal komited untuk melindungi kesejahteraan rakyat dalam keadaan pasaran minyak global yang tidak menentu.
Kerajaan akan terus memastikan manfaat dikembalikan kepada rakyat dengan melindungi mereka daripada tekanan kenaikan kos bahan api.
Antara langkah yang diambil bagi melindungi rakyat adalah, melalui BUDI95, rakyat yang layak terus menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter, manakala diesel bagi pengangkutan awam dan logistik darat kekal pada RM2.15 seliter, dengan beban subsidi Kerajaan melebihi RM3 bilion sebulan.
Bantuan diesel individu dipertingkatkan apabila kadar BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi dinaikkan kepada RM300 pada bulan Mac 2026, berbanding RM200 sebulan sebelum ini.
Nnnn
