Bersiap hadapi operasi darat di Iran

ANKARA – Ribuan tentera Amerika Amerika Syarikat (AS) dikerahkan ke Asia Barat, sebagai persiapan Pentagon menghadapi kemungkinan operasi darat di Iran, satu “fasa baharu perang” yang mungkin “jauh lebih berbahaya” bagi tentera AS. Sebarang misi darat dijangka tidak membabitkan pencerobohan berskala penuh dan boleh membabitkan serangan oleh pasukan Operasi Khas serta infantri konvensional, menurut pegawai yang tidak dinamakan. Mereka berkata operasi itu yang sedang menunggu keputusan Presiden Donald Trump boleh mendedahkan anggota tentera kepada “dron dan peluru berpandu, tembakan darat dan letupan”. Pegawai berkata misi yang berkemungkinan boleh berlangsung “minggu-minggu,…

Read More

Tiga wartawan maut dalam serangan Israel

BEIRUT – Tiga wartawan terbunuh dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan semalam yang turut melibatkan seorang koresponden terkenal rangkaian televisyen Al-Manar milik Hizbullah. Tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan pembunuhan wartawan Al-Manar, Ali Shoeib, tetapi mendakwa mangsa beroperasi dalam organisasi Hizbullah di bawah samaran sebagai seorang pengamal media. Menurut laporan media, Ali Shoeib dan Fatima Ftouni daripada saluran Al-Mayadeen yang dilihat mempunyai hubungan rapat dengan pergerakan disokong Iran, terbunuh dalam serangan di Jezzine bersama Ftouni yang bertugas sebagai jurukamera. Kedua-dua rangkaian berita Al-Mayadeen dan Al-Manar mengesahkan kematian kakitangan mereka,…

Read More

PN ada bukti permohonan MIC

KOTA BHARU 28 Mac – MIC menerusi Presidennya, SA Vigneswaran membuat permohonan untuk menjadi ahli anggota Perikatan Nasional (PN) dengan menghantar surat kepada PN pada 15 November tahun lalu. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata surat permohonan dihantar kepada Muhyiddin Yassin yang ketika itu menjawat jawatan Pengerusi PN. Beliau berkata menerusi permohonan berkenaan, pihaknya meneliti dan membincangkan permohonan daripada MIC sebelum diterima sebagai parti anggota PN pada Disember lalu. Katanya, permohonan untuk diterima semula ke dalam PN disebabkan MIC menganggap mereka adalah pengasas bersama PN, memandangkan ketika PN ditubuhkan, terdapat…

Read More

Buka semula ‘Selat Trump’

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang merujuk Selat Hormuz sebagai ‘Selat Trump’ menegaskan Iran perlu membuka semula laluan air penting itu bagi trafik minyak sebagai syarat perjanjian damai. Kenyataan itu muncul ketika beliau sebelum ini turut menamakan beberapa bangunan di Washington sempena dirinya sepanjang penggal kedua memegang jawatan presiden. Trump juga mendakwa Iran bersedia untuk mencapai perjanjian damai walaupun dinafikan Iran dan berkeras bahawa rundingan sedang berjalan bagi menamatkan konflik yang berlarutan hampir sebulan itu. Beliau mendakwa, Iran kini dalam keadaan terdesak selain menegaskan kepimpinan, angkatan laut,…

Read More

Rabu, Jumaat pilihan WFH di Indonesia

JAKARTA – Bagi mengurangkan penggunaan bahan api, Indonesia sedang menimbangkan hari bekerja dari rumah (WFH) mingguan wajib, sama ada Rabu atau Jumaat, untuk kakitangan pemerintah pusat. Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata, dasar itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas untuk mengurangkan penggunaan tenaga, di mana  boleh mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus daripada paras biasa. Katanya, hari Jumaat yang mempunyai waktu kerja yang paling singkat sedang dipertimbangkan sebagai hari WFH pilihan, dengan alasan waktu kerja yang lebih pendek disebabkan oleh rehat tengah hari yang dilanjutkan untuk solat…

Read More

Aktifkan segera MTEN krisis

SEPANG 27 Mac – Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berstatus krisis sepatutnya diaktifkan bagi memantau perkembangan global dan menyusun tindak balas ekonomi yang pantas dan bersepadu secara harian. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, berkata, tindakan membabitkan sektor awam dan swasta itu adalah seperti yang pernah dilaksanakan ketika krisis ekonomi 1997–98, 2008 dan semasa pandemik Covid-19. Beliau juga meminta kerajaan mengadakan pakej rangsangan untuk melindungi sektor kritikal dan pemain industri, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) supaya kesan terhadap rakyat dan ekonomi diminimumkan. “Apa yang diperlukan rakyat ialah hala tuju ekonomi…

Read More

Menghukum pemberi makan kepada rakyat

SEPANG 27 Mac – Kenaikan harga diesel bukan lagi soal pelarasan subsidi sebaliknya keputusan politik yang menghukum golongan yang ‘memberi makan’ kepada rakyat, kata Presiden Putra Ibrahim Ali. Katanya, golongan tersebut yang terdiri daripada nelayan, petani dan pengusaha logistik bukan golongan mewah, tetapi ‘tulang belakang makanan’ negara yang sememangnya kerajaan tahu kesannya kepada golongan ini. “Bot nelayan bergerak dengan diesel, mesin petani bergantung kepada diesel, lori yang membawa makanan ke seluruh negara juga menggunakan diesel. Ini asas yang semua orang faham, termasuk kerajaan, tetapi kos mereka dinaikkan. Bila kerajaan tahu…

Read More