Apabila al-Quran dipijak, diam bukanlah pilihan

MARAN 3 Mac – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dan kesal atas insiden penghinaan terhadap al-Quran yang disifatkan sebagai perbuatan biadab serta menggugat keharmonian negara dan negeri ini. Baginda bertitah, insiden yang melibatkan seorang mahasiswa daripada sebuah universiti awam di negeri ini yang didakwa bertindak memijak naskhah al-Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan, merupakan satu tindakan yang tidak boleh dipandang ringan. “Perbuatan ini bukan sahaja satu tindakan yang sangat biadab, bahkan satu penghinaan yang mengguris hati umat Islam serta menggugat keharmonian masyarakat yang…

Read More

Sultan Ibrahim rasmi Masjid UPNM

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim, di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada 7 malam disambut oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir. Turut berangkat Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim. Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera…

Read More

Kenapa salahkan pembangkang RUU tidak lulus

KUALA LUMPUR 3 Mac – Ahli Parlimen kerajaan yang tidak hadir sepatutnya dipersalahkan bukannya menyalahkan pembangkang susulan kegagalan meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 di Dewan Rakyat semalam Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin berkata, hakikatnya blok kerajaan sudah memiliki sokongan 154 Ahli Parlimen untuk mempertahankan usul mereka. Beliau menegaskan, blok pembangkang tidak pernah menolak RUU ini, sebaliknya mengambil pendirian untuk berkecuali dalam memutuskannya semalam. “Yang mahu salahkan pembangkang ini pasal apa? Kalau tengok daripada ucapan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, semuanya mengatakan kami bersetuju tetapi dengan syarat. Kalau syarat itu tidak diambil…

Read More

Muhyiddin janggal duduk sebelah Hamzah

KUALA LUMPUR 3 Mac- Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin mengakui janggal untuk duduk bersebelahan dengan Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat, selepas Ahli Parlimen Larut itu menamakan beliau sebagai “musuh nombor satu”. Presiden Bersatu itu berkata ia juga salah satu sebab mengapa beliau tidak ke Parlimen minggu ini. “Saya tak pergi ke Parlimen (minggu ini), satu (sebab) saya tidak berapa sihat. Keduanya bila dengar duduk sebelah Hamzah (di Dewan Rakyat) saya tak nak duduklah. To be frank, it’s not that because I want to be absent (terus terang, bukan kerana saya…

Read More

PN bincang ketua pembangkang baharu

KUALA LUMPUR 3 Mac  – Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan bermesyuarat  pada 14 Mac ini bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan perjalanan gabungan itu termasuk memutuskan Ketua Pembangkang di Parlimen. Timbalan Setiausaha Agung PN,  Takiyuddin Hassan, berkata notis makluman sudah dihantar kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi PN berhubung mesyuarat pada Sabtu minggu depan mulai pukul 11 pagi. “Notis sudah pun dikeluarkan kepada semua ahli-ahli mesyuarat ahli majlis tertinggi,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. Terdahulu Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menggesa pimpinan Pas segera menamakan Ketua Pembangkang baharu bagi menggantikan…

Read More

Siasatan rasuah skala besar dorong jatuhkan kerajaan

KUALA LUMPUR 3 Mac – Kewujudan gerakan terancang yang didakwa bertujuan mempertikai kerajaan sedia ada, adalah didorong  siasatan rasuah berskala besar yang sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan demikian berkata, siasatan awal mendapati rancangan berkenaan telah dirangka sejak Ogos tahun lalu dengan garis masa sehingga pilihan raya umum akan datang. Katanya, perancangan itu melibatkan dana besar, didukung warga tempatan dan disusun dengan strategi untuk mempertikai usaha kerajaan, termasuk melalui platform antarabangsa. “Daripada rekod diperoleh, terdapat sekurang-kurangnya enam pertemuan pada tahun 2025 di dalam…

Read More

Penuntut UMPSA mengaku tidak bersalah

KUANTAN 3 Mac – S.Vikneswaran, penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas. Vikneswaran, 21 mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad dan minta dibicarakan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan syarat tambahan supaya beliau melaporkan diri di balai polis terdekat setiap bulan sehingga kes selesai. Tertuduh diwakili peguam Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharizat Ismail. Menerusi kenyataan Jabatan…

Read More

8 ahli Parlimen blok kerajaan tidak hadir

KUALA LUMPUR 3 Mac – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau, menulis, lapan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan Bebas tidak hadir semasa pengundian RUU Pindaan Perlembagaan bagi hadkan tempoh 10 tahun Perdana Menteri. Menerusi Facebooknya, Ahli Parlimen Lanang itu memaklumkan kehadiran ahli Parlimen mewakili PH ketika pengundian semalam adalah 100 peratus. “RUU Pindaan Perlembagaan bagi hadkan tempoh PM 10 tahun tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga (148) di Dewan Rakyat. Keputusan Belah Bahagian, 146 sokong, 44 tidak mengundi dan 32 tidak hadir Ahli Parlimen PH 100% hadir dan sokong.…

Read More

Hampir RM1 juta urus jemaah dalam krisis

KUALA LUMPUR 3 Mac – Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) memperuntukkan hampir RM1 juta untuk memastikan kebajikan,  keselamatan dan perjalanan jemaah umrah kendaliannya berjalan lancar ketika krisis di Timur Tengah. Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia Ida Riswana Idris, berkata, pihaknya mengambil langkah menyusun semula penerbangan pergi dan balik jemaah menerusi penerbangan yang masih beroperasi khususnya Saudi Airlines. Katanya setakat ini, Andalusia menyesuaikan semula penerbangan menerusi Saudi Airlines pada hari yang dijadualkan jemaah berangkat selepas Amal by Malaysia Airlines membatalkan penerbangan atas faktor keselamatan. Bercakap pada sidang media menerusi…

Read More