KUALA LUMPUR 3 Mac- Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin mengakui janggal untuk duduk bersebelahan dengan Hamzah Zainuddin di Dewan Rakyat, selepas Ahli Parlimen Larut itu menamakan beliau sebagai “musuh nombor satu”.
Presiden Bersatu itu berkata ia juga salah satu sebab mengapa beliau tidak ke Parlimen minggu ini.
“Saya tak pergi ke Parlimen (minggu ini), satu (sebab) saya tidak berapa sihat. Keduanya bila dengar duduk sebelah Hamzah (di Dewan Rakyat) saya tak nak duduklah.
To be frank, it’s not that because I want to be absent (terus terang, bukan kerana saya mahu tidak hadir), (tetapi sebab) janggal,” katanya ketika melalui sesi temubual bersama media di ibu pejabat Bersatu, semalam.
Hamzah yang dipecat keahliannya daripada Bersatu pada 13 Februari lalu sebelum ini menyatakan beliau kini menjadi penentang utama kepada Muhyiddin, dan mengisytiharkan dirinya sebagai ‘musuh nombor satu’ Presiden Bersatu itu.
Bagaimanapun, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu hadir seperti biasa dan mengambil tempat di blok pembangkang bersebelahan Muhyiddin.
Sementara itu, Muhyiddin menegaskan Hamzah sepatutnya insaf dan sedar bahawa beliau bukan lagi ketua pembangkang dan berundur dengan baik.
Nnnn
