KUALA LUMPUR 3 Mac – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau, menulis, lapan Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan Bebas tidak hadir semasa pengundian RUU Pindaan Perlembagaan bagi hadkan tempoh 10 tahun Perdana Menteri.
Menerusi Facebooknya, Ahli Parlimen Lanang itu memaklumkan kehadiran ahli Parlimen mewakili PH ketika pengundian semalam adalah 100 peratus.
“RUU Pindaan Perlembagaan bagi hadkan tempoh PM 10 tahun tidak mendapat sokongan majoriti dua pertiga (148) di Dewan Rakyat. Keputusan Belah Bahagian, 146 sokong, 44 tidak mengundi dan 32 tidak hadir
Ahli Parlimen PH 100% hadir dan sokong. Tapi ada 8 Ahli Parlimen Kerajaan dan bebas yang tidak hadir,” katanya.
Keputusan belah bahagian yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul adalah daripada 222 orang Ahli Parlimen hanya 146 menyokong, kekurangan dua undi bagi mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga.
Beliau bagaimanapun tidak menamakan lapan Ahli Parlimen berkenaan tetapi difahamkan termasuk Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan Ahli Parlimen Tapah M Saravanan.
Enam lain dikatakan Larry Sng (Julau), Syed Hussin Hafiz Syed Abu Fasal (Bukit Gantang), Henry Sum Agong (Lawas), Suhaimi Nasir (Libaran), Riduan Rubin (Tenom), dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Jeffrey Kitingan (Keningau).
Nnnn
