9.58 juta iftar diagihkan di dua masjid suci

MADINAH –  Sebanyak 9,581,735 hidangan iftar telah diagihkan di dua masjid suci, Masjidilharam dan Masjid Nabawi yang disusun bagi memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang tinggi.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), lebih 2.9 juta hidangan iftar diagihkan di Masjid Nabawi, dengan bantuan lebih 12,095 sukarelawan lelaki dan wanita yang menyediakan perkhidmatan dari segi penyelarasan, bimbingan, kesedaran serta bantuan kemanusiaan.

Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal dua masjid melaporkan statistik perkhidmatan pengunjung yang signifikan bagi tempoh 10 hari pertama Ramadan tahun ini dengan penggunaan air zamzam mencecah 15,333 meter padu.

Selain itu, seramai 586,881 pengunjung mendapat manfaat daripada perkhidmatan bimbingan melalui pasukan lapangan dan pusat pelbagai bahasa yang disediakan untuk membantu serta menjawab pertanyaan.

Di Masjidilharam , seramai 104,159 pengunjung menggunakan perkhidmatan Tahallul, manakala perkhidmatan kereta sorong dan kerusi roda membantu 332,022 individu, sekali gus memudahkan pergerakan warga emas serta orang kurang upaya (OKU).

Pihak berkuasa berkenaan turut memberi tumpuan kepada usaha menyantuni pengunjung sepanjang 10 hari pertama Ramadan 1447H dengan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 88,900 penerima manfaat menerusi pusat khidmat tetamu Masjid Nabawi.

Nnn

Related posts

Leave a Comment