SEPANG 19 Jun – Tidak benar dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) gagal menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disebabkan sikap hasad dengki seorang individu yang enggan memberi laluan kepada calon lain untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Bekas Setiausaha Sulit Muhyiddin Yassin, Dr Marzuki Mohamad, berkata beliau percaya dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu merujuk kepada Muhyddin, namun mendakwa Presiden Bersatu itu bertindak berdasarkan tuntutan Perlembagaan. Marzuki mendakwa, beliau berurusan secara langsung dengan pihak Istana Negara berhubung calon Perdana Menteri daripada PN, dan tidak…
Read MoreDay: June 19, 2026
Aktiviti guna nama PN perlu keizinan Pengerusi
KUALA LUMPUR 19 Jun – Sebarang aktiviti atau mesyuarat yang menggunakan nama Perikatan Nasional (PN) tidak boleh diadakan tanpa keizinan Pengerusi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata ketetapan itu untuk memastikan segala aktiviti, urusan pentadbiran dan pengurusan parti dilaksanakan mengikut perlembagaan parti serta mematuhi Akta Pertubuhan 1966 [Akta 832]. Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas diumumkan sebagai Pengerusi PN yang baharu pada 22 Februari lalu, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan 1 Januari lalu selepas mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020. Dalam…
Read MoreAnak hormati keputusan Noh Omar
SHAH ALAM 19 Jun- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh akan terus kekal bersama Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) walaupun bapanya, Noh Omar kembali menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN). Nurul Syazwani menegaskan keputusan bapanya itu sebagai hak peribadi dan wajar dihormati, tetapi ia tidak akan menjejaskan pendirian politiknya sebagai wakil rakyat PN dan beliau akan terus kekal dan teguh bersama Bersatu dan PN. “Memang saya akur dan hormati keputusan abah (Noh) untuk kembali kepada UMNO. “Sebab kita pun fahamlah dia pun orang cakap ahli politik yang…
Read MoreBerita pilihan….
“Lulus perjanjian dengan keberatan”
GENEVA – Ayatollah Mojtaba Khamenei meluluskan dengan keberatan perjanjian ditandatangani Presiden Donald Trump bagi menamatkan perang di Asia Barat, ketika Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan ke atas pelabuhan Iran. Mojtaba yang dilantik sebagai Pemimpin Tertinggi Iran selepas bapanya, Ali Khamenei, terbunuh dalam serangan udara pada hari pertama perang pada 28 Februari lalu, berkata, beliau mempunyai “pandangan yang berbeza”. Dalam kenyataan bertulis, beliau meluluskan perjanjian itu walaupun mempunyai “pandangan yang berbeza”, tanpa menghuraikannya lebih lanjut. “Namun saya memberikan kebenaran kerana komitmen yang diberikan oleh pegawai, termasuk Pezeshkian (Presiden Iran, Masoud…
Read MoreHantavirus: WHO sahkan keadaan stabil
GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan hampir semua penumpang dan kru kapal persiaran yang dilanda wabak maut hantavirus dan menjalani kuarantin di Belanda kini dibenarkan pulang ke negara masing-masing. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata, hampir semua penumpang dan kru MV Hondius yang dikuarantin di Belanda dibenarkan pulang termasuk bukan warganegara. “Dengan tiada kes baharu dilaporkan sejak 2 Mei, keadaan kekal stabil,” katanya di platform X. Hantavirus yang disebarkan oleh tikus ialah virus jarang berlaku yang tiada vaksin atau rawatan khusus. Spesies Andes yang menjadi…
Read More