KUALA LUMPUR 2 Mac – DAP dan Wanita PKR dukacita serta kecewa apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun, tidak mendapat sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini. Justeru, kedua-dua pihak berpendapat rakyat berhak mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen yang tidak mendukung RUU ini kerana ia mencerminkan sikap tidak bersama dalam agenda reformasi institusi dalam negara. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang menyatakan rasa amat dukacita berkata DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan agenda reformasi dengan semua 40 Ahli Parlimen parti itu…
Read MoreDay: March 2, 2026
RUU had tempoh PM tidak lulus
KUALA LUMPUR 2 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri tidak dapat diluluskan selepas RUU itu gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Parlimen, Selepas perbahasan sejurus bacaan kali kedua pula dibuat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini, undi belah bahagian menunjukkan hanya 146 Ahli Parlimen menyokong, 32 Ahli Parlimen tidak hadir dan 44 Ahli Parlimen berkecuali. Keputusan undi belah bahagian itu diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, selepas ia dibahaskan oleh seramai 41 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Sebarang kelulusan RUU…
Read More13 ahli Parlimen Bersatu sokong Hamzah
KUALA LUMPUR 2 Mac – Tiga belas Ahli Parlimen Bersatu menyokong Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang. Ketua Whip Dewan Rakyat Bersatu, Dr Ronald Kiandee memaklumkan perkara itu melalui surat bertarikh 24 Februari lalu kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan. Mereka yang menyokong adalah Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rasol Wahid (Hulu Terengganu), Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Muslimin Yahaya (Sungai Besar). Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Khir Mohd Nor (Ketereh), Zakri Hassan (Kangar), Roslan Hashim (Kulim Bandar…
Read MoreBerita pilihan…
9.58 juta iftar diagihkan di dua masjid suci
MADINAH – Sebanyak 9,581,735 hidangan iftar telah diagihkan di dua masjid suci, Masjidilharam dan Masjid Nabawi yang disusun bagi memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti yang tinggi. Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), lebih 2.9 juta hidangan iftar diagihkan di Masjid Nabawi, dengan bantuan lebih 12,095 sukarelawan lelaki dan wanita yang menyediakan perkhidmatan dari segi penyelarasan, bimbingan, kesedaran serta bantuan kemanusiaan. Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal dua masjid melaporkan statistik perkhidmatan pengunjung yang signifikan bagi tempoh 10 hari pertama Ramadan tahun ini dengan penggunaan air zamzam mencecah 15,333 meter padu.…
Read MoreSerangan dijangka empat minggu
WASHINGTON – Presiden Donald Trump menjangkakan kempen bersama AS-Israel terhadap Iran dijangka berlarutan selama kira-kira empat minggu selepas serangan pada Sabtu lalu yang membunuh pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei. Beliau pada masa yang sama berikrar akan membalas kematian pertama anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dalam perang yang dilancarkannya untuk menjatuhkan pemerintahan ulama Iran. “Saya sekali lagi menggesa Pengawal Revolusi, tentera dan polis Iran supaya meletakkan senjata dan menerima imuniti penuh atau berdepan kematian pasti,” kata Trump dalam ucapan video dari kediamannya di Florida. Pentagon memaklumkan, tiga anggota tentera AS terbunuh…
Read More