Serangan dijangka empat minggu

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menjangkakan kempen bersama AS-Israel  terhadap Iran dijangka berlarutan selama kira-kira empat minggu selepas serangan  pada Sabtu lalu yang membunuh pemimpin tertinggi Iran, Ali Khamenei.

Beliau pada masa yang sama berikrar akan membalas kematian pertama anggota tentera Amerika Syarikat (AS) dalam perang yang dilancarkannya untuk menjatuhkan pemerintahan ulama Iran.

“Saya sekali lagi menggesa Pengawal Revolusi, tentera dan polis Iran supaya meletakkan senjata dan menerima imuniti penuh atau berdepan kematian pasti,” kata Trump dalam ucapan video dari kediamannya di Florida.

Pentagon memaklumkan, tiga anggota tentera AS terbunuh dan lima parah dalam operasi yang dinamakan “Epic Fury”.

Trump berkata: “Malangnya mungkin akan ada lagi korban sebelum ia berakhir.

Tetapi Amerika akan membalas kematian mereka dan memberikan tamparan paling keras kepada pengganas yang telah memerangi tamadun.”

Pemimpin Demokrat di Dewan Perwakilan, Hakeem Jeffries, menyifatkan kematian itu sebagai akibat “keputusan melulu” dan berkata tiada ancaman yang membenarkan serangan ketenteraan awal seperti itu.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menyifatkan pembunuhan Khamenei sebagai “pengisytiharan perang terhadap umat Islam” dan berikrar membalas tindakan tersebut.

Ali Larijani, ketua Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, memberi amaran bahawa Iran akan menyerang dengan kekuatan yang belum pernah dialami musuhnya sebelum ini.

Di Israel, serangan peluru berpandu Iran membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang di bandar Beit Shemesh dan mencederakan puluhan yang lain.

Nnn

Related posts

Leave a Comment