Usah polemik kajian pilihan raya Datuk Bandar

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Kajian cadangan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika ini tidak wajar menjadi `polemik’ seolah-olah telah diputuskan untuk dilaksanakan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Katanya, selain melihat sama ada konsep pilihan raya datuk bandar boleh dilaksanakan atau sebaliknya, kajian itu juga menilai kelebihan dan kekurangan cadangan itu. “Konsep pemilihan datuk bandar bukanlah perkara baharu dan telah diamalkan di banyak negara demokrasi di seluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), di sini hari ini. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana…

Read More

Zahid mohon dilepas, dibebaskan

KUALA LUMPUR 3 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi. Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi 28 Januari lalu dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden, atas alasan utama iaitu Peguam Negara pada 8 Januari lalu, memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan berkenaan. Peguam bela Ahmad Zahid,  Hisyam Teh Poh Teik, ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi hari ini, berkata ia berikutan sudah…

Read More

11 pelajar USIM  imam Tarawih Osaka

NILAI 3 Feb. – Sebelas orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dipilih untuk berkhidmat sebagai imam solat Tarawih sepanjang Ramadan di Osaka dari 16 Februari hingga 25 Mac 2026. Naib Canselor USIM, Prof Dr Sharifudin Md Shaarani, berkata mereka termasuk seorang pelajar USIM–Darul Quran, akan turut  menjalani latihan industri di lima buah masjid sekitar Osaka. “Program kolaborasi ini memasuki tahun ketiga pelaksanaannya, hasil kerjasama strategik antara USIM bersama Japan Dakwah Centre (JDC) dan Osaka Islamic Centre (OIC). USIM juga telah memulakan penghantaran Imam Terawih ke Jepun sejak tahun 2024,…

Read More

Hamas sedia serah aset kerajaan

GAZA – Hamas memuktamadkan rancangan untuk menyerahkan aset kerajaan dan pentadbirannya kepada Jawatankuasa Kebangsaan Gaza, yang akan mengambil alih kawalan Semenanjung Gaza. Jurucakap Hamas, Hazem Qassem berkata, proses penyerahan akan bermula serta-merta selepas ketibaan jawatankuasa berkenaan di Gaza melalui pintu Rafah dan akan dijalankan secara telus serta menyeluruh merangkumi semua sektor. Beliau berkata, sebuah badan peringkat tinggi telah dibentuk bagi memantau proses berkenaan, melibatkan wakil daripada puak-puak Palestin, pemimpin kabilah, tokoh masyarakat sivil dan organisasi antarabangsa. Qassem menggesa semua pihak supaya mempermudah tugas jawatankuasa itu, sambil menyifatkannya sebagai penting bagi…

Read More

AS kurang tarif barangan import India

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengurangkan tarif terhadap barangan import dari India kepada 18 peratus, memansuhkan kadar tinggi sehingga 50 peratus yang sebelum ini menekan pasaran India dan mencetuskan ketegangan hubungan perdagangan antara kedua-dua negara. Presiden Donald Trump mengumumkan demikian selepas perbualannya dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi dengan menyatakan langkah yang berkuat kuasa serta-merta itu dibuat atas dasar “persahabatan dan penghormatan” terhadap Modi. Beliau turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai sebahagian usaha membuka ruang baharu kerjasama ekonomi antara dua kuasa besar demokrasi. Sebagai timbal balas, India bersetuju menghentikan pembelian minyak…

Read More