BUENOS AIRES – Selepas Amerika Syarikat (AS), Argentina pula mengumumkan untuk menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Manuel Adorni, jurucakap Presiden Javier Milei berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan “perbezaan ketara dalam pengurusan kesihatan, khususnya sepanjang pandemik Covid-19.
Beliau menegaskan bahawa Argentina tidak akan “membenarkan badan antarabangsa campur tangan dalam kedaulatan negara.”
Pada bulan lalu, Presiden Donald Trump pada hari pertama penggal keduanya sebagai Presiden mengeluarkan arahan agar AS menarik diri daripada menganggotai WHO untuk kali kedua.
Perintah eksekutif ini sebagai memenuhi janjinya untuk menolak institusi global itu.
AS, yang secara sejarah merupakan penyumbang terbesar kepada agensi kesihatan global yang berpusat di Geneva, Switzerland, memainkan peranan penting dalam organisasi itu sejak penubuhannya selepas Perang Dunia II.
Trump mengkritik WHO atas pengendalian pandemik Covid-19, walaupun pentadbirannya turut dikecam kerana bertindak lambat menghadapi krisis tersebut.
Pada 2020, di kemuncak pandemik, Trump memulakan proses untuk meninggalkan WHO tetapi tidak sempat menyelesaikan proses itu akibat undang-undang AS berkaitan tempoh penarikan diri dan kewajipan pembiayaan.
Presiden Joe Biden membatalkan keputusan Trump sebaik memegang jawatan dan mengembalikan dana kepada WHO.
Nnn