KABUL – Afghanistan sentiasa menekankan penyelesaian secara aman dan menggesa pendekatan konstruktif tanpa keganasan bagi menyelesaikan ketegangan sempadan, kata jurucakapnya Zabihullah Mujahid.
Menurut Mujahid, pesawat peninjau Pakistan masih beroperasi dalam ruang udara Afghanistan dan jika Pakistan berterusan dengan tindakan agresif, pasukan Emiriyah Islam mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan tindakan tegas.
Terdahulu pada pagi Jumaat, pesawat Pakistan melancarkan serangan udara di beberapa kawasan di wilayah Afghanistan, mengakibatkan kematian orang awam, menurut pegawai itu.
Mujahid berkata dalam operasi tindak balas, 55 anggota tentera Pakistan terbunuh dan beberapa lagi ditawa manakala 13 anggota keselamatan Afghanistan maut dan 22 lagi cedera.
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, berkata angkatan bersenjata negaranya mempunyai keupayaan penuh untuk menggagalkan sebarang cita-cita agresif dan sebarang tindakan permusuhan akan dibalas dengan tegas.
Nnnn
