Tuduhan DUPP tidak bertanggungjawab

SEPANG 28 Feb . – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan menegur mereka yang berstatus ulama membuat tuduhan tidak bertanggungjawab dalam media sosial berhubung isu memijak al-Quran.

Beliau mendakwa Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP)  Mohd Nor Hamzah masih meneruskan tuduhan dan tidak bertabayyun. berhubung isu itu walaupun pada bulan Ramadan.

“Walaupun akhbar juga sudah membetulkan laporan kenyataan saya, tetapi masih ada yang berstatus ulama membuat tuduhan tidak bertanggungjawab dalam media sosial,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Justeru mengambil sempena ruh Ramadan ini, beliau mengajak mereka yang membuat tuduhan itu untuk kembali mengamalkan konsep tabayyun dan benar-benar menghayati Ramadan sebaiknya yang mendidik jiwa dan hati.

Dr Zulkifli mengulas kenyataan Mohd Nor yang mendakwa beliau terkhilaf dalam memberikan pendapat dengan pendekatan terlalu lunak terhadap penghina agama.

DUPP dalam kenyataannya kesal dan membantah keras kenyataan Dr. Zulkifli yang mencadangkan pendekatan “mengajar” berbanding “menghukum” terhadap pelaku yang secara terang-terangan menghina kesucian al-Quran dengan memuat naik gambar memijak kitab suci tersebut.

Menurut Dr Zulkifli, beliau sebelum ini menegaskan kerajaan mengecam dan tidak berkompromi dengan apa sahaja tindakan menghina agama dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

“Saya sebut sejelas-jelasnya penegasan tindakan undang-undang perlu diambil tanpa kompromi. Cuma ada pihak yang menyembunyikan perkara ini dengan niat tertentu.

Namun, saya berpandangan bahawa menjadi amanah dan tanggungjawab untuk kita meneruskan pencerahan dan mendidik masyarakat agar perkara sama tidak berlaku,” katanya.

Beliau turut menarik perhatian mengenai ingatan Rasulullah SAW kepada umatnya.

“Apabila ada orang menghina atau mengajak bertengkar. Katakanlah “Sesungguhnya Aku Berpuasa”.

Dan “Sekiranya seseorang mengajaknya bertengkar atau menghinanya, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa”.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment