Rafizi diberi tempoh jawab isu keluar parti

KOTA BHARU 27 Feb. – Ahli Parlimen Pandan,  Rafizi Ramli sudah diberi tempoh lima hari untuk memberikan penjelasan rasmi berhubung hasrat sebenarnya. untuk menjawab isu dia dilaporkan mengisytiharkan keluar parti.

Setiausaha Agung PKR,  Dr Fuziah Salleh, berkata surat berkenaan sudah dikeluarkan pada 23 Februari lalu dan bekas Timbalan Presiden PKR itu diberi tempoh masa sehingga esok untuk memberikan penjelasan.

Beliau berkata, kenyataan mengenai kemungkinan bekas Menteri Ekonomi itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) serta bayangan untuk keluar parti boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah wujud hasrat untuk meninggalkan parti.

“Apabila beliau menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRU16 dan kemungkinan keluar daripada parti, ia boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah wujud niat untuk meninggalkan parti,” katanya pada sidang media selepas Program Walkabout Bazar Ramadan Rahmah (BBR) 2026 Zon Timur, di sini hari ini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), berkata, sehubungan dengan itu, surat tunjuk sebab berkenaan bukan bertujuan menghukum, sebaliknya memberi ruang dan peluang kepada Rafizi untuk menjelaskan keadaan sebenar.

“Sebaik-baiknya perkara ini dilakukan mengikut perlembagaan parti kerana perlembagaan jelas menyebut dalam Fasal 9.1 (c) mengenai pengisytiharan anggota itu sendiri bahawa beliau keluar daripada parti,” katanya.

Beliau berkata, tempoh sehingga esok itu adalah adil, selain memberi ruang sewajarnya dan mengelakkan tindakan terburu-buru tanpa sebarang penjelasan.

“Sebarang maklumat akan dikeluarkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Parti Pusat yang akan diadakan pada 1 Mac ini,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment