PRESIDEN Rusia Vladimir Putin, menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Muzium Hermitage, St Petersburg pada hari ini (26 Januari). Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke Muzium Hermitage, antara yang berprestij di dunia mencerminkan penghormatan tinggi kerajaan Persekutuan Rusia terhadap hubungan persahabatan kedua-dua pemimpin. Muzium yang ditubuhkan pada tahun 1755 merupakan antara muzium seni dan kebudayaan terbesar serta tertua di dunia, dengan menempatkan koleksi lebih tiga juta karya seni dan artifak. Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa dengan diiringi Putin…
Read MoreMonth: January 2026
Akta Pekerja Gig 2025 dikuatkuasa Mac
PETALING JAYA 26 Jan. – Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya penghujung Mac ini,selepas semua mekanisme pelaksanaan akta berkenaan dimuktamadkan, kata Menteri Sumber Manusia R Ramanan. Katanya, mekanisme tersebut termasuk majlis perundingan, tribunal dan pejabat berkaitan. Beliau berkata struktur keanggotaan majlis perundingan pekerja gig akan diumumkan, dengan keutamaan diberikan kepada platform berskala besar seperti Grab yang melibatkan peratusan besar tenaga kerja gig di negara ini. “Bagi sedikit masa, kami akan umumkan…memang kita perlu berikan keutamaan kepada beberapa pihak terutamanya mereka yang terlibat dalam skala besar,” katanya kepada…
Read MoreHanya ahli MT PN dijemput mesyuarat
KOTA BHARU 26 Jan. – Hanya ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MTPN) dijemput menghadiri mesyuarat luar biasa Khamis ini bagi melantik pengerusi baharu, kata Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau berkata, jemputan dihadkan kepada individu yang ketika ini adalah ahli MTPN, selaras dengan peruntukan sedia ada. Justeru itu, katanya, Muhyiddin Yassin yang mengumumkan meletak jawatan pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari lalu tidak dijemput menghadiri mesyuarat berkenaan. “Untuk mesyuarat ini, jemputan hanya diberikan kepada Ahli Majlis Tertinggi. Ia sebahagian daripada penambahbaikan yang akan dibuat kemudian terhadap perlembagaan PN,”…
Read MoreHadi tidak dinamakan calon Pengerusi PN
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan mengesahkan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang tidak dinamakan sebagai calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN). Beliau berkata, ini kerana tiada peruntukan yang menetapkan jawatan pengerusi gabungan itu mesti dipilih dalam kalangan presiden parti anggota. “Jadi Pas berpandangan jika di kalangan parti anggota bersetuju Pas menjadi parti yang menganggotai PN, maka sesiapa sahaja yang dicalonkan atau diusulkan oleh Pas untuk memegang jawatan berkenaan adalah layak. “Jawatan itu tidak semestinya diberikan kepada Presiden Pas semata-mata. Itu yang kita faham berdasarkan kepada peruntukan dalam…
Read MoreProjek ternakan babi Bukit Tagar batal
SHAH ALAM 26 Jan. – Projek ternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor dibatal dan ditangguhkan sementara lokasi alternatif atau kaedah yang lebih sesuai ditemui, kata Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau memberitahu keputusan berkenaan dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) minggu lalu selepas Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim memaklumkan terdapat bantahan keras berhubung projek terbabit. Katanya, MMKN sebenarnya telah memberikan arahan untuk mencari alternatif kawasan lain sebelum Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memaklumkan kepada kerajaan negeri supaya membatalkan dahuku projek itu. “Memang MMKN memberikan arahan untuk mencari alternatif kawasan…
Read MoreHad umur 16 tahun media sosial Julai
KULAI – Pelaksanaan had umur 16 tahun bagi penggunaan media sosial, untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada risiko dieksploitasi serta terdedah kepada kandungan tidak wajar dalam talian, dijangka dikuatkuasakan seawal Julai ini. Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (OnSA), perbincangan dengan penyedia platform telah dimulakan bagi mengenal pasti pendekatan paling berkesan. “Sekarang ini, kita berada dalam fasa regulatory sandbox untuk mencari cara paling baik, berkesan, dan selamat bagi melaksanakan pengesahan umur. Buat masa ini, ia masih di peringkat perbincangan dan perancangan bersama penyedia…
Read MoreAgong kunjungi Kompleks Smolny St Petersburg
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat melawat Kompleks Smolny, sebuah bangunan bersejarah penting di St Petersburg, Rusia semalam. Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda ke kompleks yang kini berfungsi sebagai pusat pentadbiran bandar raya St Petersburg itu disambut oleh Gabenor St Petersburg Alexander Beglov. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri St Petersburg Evgeny Dmitrievich Grigoriev. Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda turut berkenan melawat Smolny Bunker, kubu perlindungan bawah tanah yang terletak di bawah Kompleks Smolny dan dibina pada 1937. Seri Paduka…
Read MoreBerita pilihan…
Lintasan Rafah dibuka selepas mayat ditemukan
BAITULMUQADDIS – Israel akan membuka semula lintasan sempadan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir, selepas selesai operasi mencari mayat tebusan warganya yang masih belum ditemukan. Menurut Pejabat Perdana Menteri, sebagai sebahagian daripada pelan 20 perkara Presiden Donald Trump, Israel bersetuju dengan pembukaan semula terhad lintasan Rafah bagi laluan pejalan kaki, tertakluk kepada mekanisme pemeriksaan penuh oleh Israel. Setakat ini, semua tebusan sudah dikembalikan kecuali mayat seorang anggota polis Israel, Ran Gvili. Tentera Israel memaklumkan mereka sedang menjalankan operasi khas di utara Gaza bagi mengesan dan mengambil jenazah berkenaan, berdasarkan beberapa…
Read More‘The Discombobulator’ tawan Maduro
WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menggunakan senjata rahsia yang digelarnya ‘The Discombobulator’ dalam operasi menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada awal Januari lalu. Presiden Donald Trump yang mendedahkan demikian berkata, peranti berkenaan menyebabkan sistem pertahanan Venezuela gagal berfungsi sepenuhnya, termasuk roket buatan Russia dan China yang tidak dapat dilancarkan walaupun sudah diaktifkan. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai senjata itu. “Mereka tidak sempat melancarkan sebarang roket. Walaupun memiliki roket buatan Russia dan China, semuanya gagal berfungsi. Ketika kami masuk, mereka menekan butang tetapi tiada apa yang beroperasi. Mereka sebenarnya…
Read More