Mengembalikan pendidikan anak Gaza

GENEVA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), memerlukan dana sebanyak AS$86 juta, untuk melaksanakan program pendidikan di Gaza tahun ini, kata jurucakapnya, James Elder. Jumlah itu “lebih kurang sama dengan apa yang dibelanjakan dunia untuk kopi dalam tempoh satu atau dua jam”. Sejak bermulanya perang susulan serangan Hamas ke atas Israel pada Oktober 2023, hampir 90 peratus sekolah di Gaza mengalami kerosakan atau musnah sepenuhnya, manakala lebih 700,000 kanak-kanak tercicir daripada akses pendidikan formal. “Hampir dua setengah tahun serangan terhadap sistem pendidikan di Gaza telah meletakkan keseluruhan satu generasi…

Read More

Blatter sokong boikot perlawanan di AS

ZURICH – Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter menyokong cadangan supaya penyokong bola sepak memboikot perlawanan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat (AS), susulan tindakan dan dasar Presiden Donald Trump serta pentadbirannya, baik di dalam mahupun luar negara. Blatter mempersoalkan kesesuaian AS sebagai negara tuan rumah, dengan menyatakan sokongannya terhadap boikot itu menerusi satu hantaran di platform X. AS akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 bersama Kanada dan Mexico, yang dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai ini. Dalam kenyataannya, Blatter menyokong pandangan Mark Pieth, seorang peguam Switzerland…

Read More

Dr Mahathir muncul di kafe

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad muncul di khalayak umum untuk kali pertama sejak dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru, dilihat di sebuah kafe di Pavilion Bukit Damansara hari ini. Beliau yang berkemeja berkolar lengan pendek dan kain pelekat duduk di kerusi roda ditemani isteri,  Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Menurut pegawainya,  Sufi Yusoff, turut sama Ketua Pegawai Eksekutif IJN Prof Dr Mohamed Ezani Md Taib serta pegawai-pegawai perubatan IJN menghabiskan masa selama 40 minit. “Dr Mahathir memilih untuk menikmati segelas ‘ice chocolate’ bagi…

Read More

Rasuah parah jika wujud keadilan terpilih

KUALA LUMPUR 27 Jan.  – Rasuah akan menjadi semakin parah, jika reformasi menyeluruh gagal dilaksanakan di samping wujud amalan keadilan terpilih dalam pengendalian kes-kes rasuah, kata kata  Abdul Hadi Awang. Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, reformasi sebenar boleh dicapai dalam tempoh singkat dengan mencontohi kepemimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz yang berjaya melaksanakan perubahan besar dalam kira-kira dua tahun sahaja. “Reformasi tidak memerlukan dua penggal. Kalau sampai dua penggal, itu bukan reformasi tetapi ‘reforkerusi’, bergilir-gilir ambil jawatan. Selepas orang ini, orang lain. Jika reformasi menyeluruh tidak berlaku, ia akan menjadi kosong,”…

Read More

Skim Lindung dilaksana tahun ini

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Skim Lindung 24/7 (24 jam sehari tujuh hari seminggu) bagi melindungi golongan pekerja dijangka bermula seawal suku kedua tahun ini atau selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini. Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, berkata skim itu yang diwujudkan selepas Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 yang diluluskan di Parlimen pada bulan lalu,perlu direncana dengan cermat. Katanya, bagi memastikan manfaatnya diterima seluruh pekerja dan rakyat di negara ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengambil langkah-langkah yang cermat dan betul serta perlu bergerak selari dengan program sedia ada.…

Read More

Rusia di belakang AS kuasa tentera

MOSCOW – Data Penarafan Kekuatan Ketenteraan Global Firepower (GFP) 2026 menyenaraikan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara paling berkuasa di dunia dari segi kekuatan ketenteraan pada awal 2026. Ini diikuti Rusia yang berada di kedudukan kedua daripada 145 negara yang dipertimbangkan untuk tinjauan tahunan GFP manakala Ukraine kini menduduki tempat ke-20. Global Firepower merupakan penarafan kuasa ketenteraan yang diterbitkan sejak tahun 2005. Ia adalah sebahagian daripada rangkaian Military Factory yang membekalkan data mengenai persenjataan nasional. Penarafan itu menilai lebih 60 faktor untuk mengira indeks kuasa ketenteraan bagi 145 negara, termasuk situasi…

Read More

Perancis larang kanak-kanak guna media sosial

PARIS – Perancis meluluskan rang undang-undang yang melarang kanak-kanak di bawah usia 15 tahun daripada menggunakan platform media sosial, langkah tegas yang bertujuan melindungi golongan muda daripada kesan negatif dunia digital. Rang undang-undang itu diluluskan Dewan Perhimpunan Kebangsaan Perancis selepas perbahasan hangat dalam kalangan ahli parlimen. Para penyokongnya berhujah bahawa pendedahan awal kepada media sosial menyumbang kepada masalah kesihatan mental, buli siber, ketagihan skrin dan penyebaran kandungan berbahaya dalam kalangan remaja. Di bawah peraturan baharu itu, platform media sosial akan diwajibkan mengesahkan umur pengguna dan menghalang akses kepada mereka yang…

Read More