KUALA PILAH 14 Julai – Selepas empat penggal mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Menteri Besar, Aminuddin Harun, berpindah ke Linggi pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.
Manakala Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke akan mempertahankan kerusi Chenniah yang dimenangi pada pilihan raya lalu.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim mengumumkan senarai calon pada Majlis Pengumuman Calon PH PRU DN Negeri Sembilan, malam ini yang menyaksikan PKR bertanding di 16 kerusi, DAP (11) dan Amanah (sembilan).
Berikutan penghijrahan Menteri Besar itu, DUN Sikamat akan ditandingi Nor Azman Mohamad, Setiausaha Politik kepada Aminuddin.
Aminuddin mula memegang kerusi Sikamat pada Mac 2008 iaitu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 dan pada penggal ketiga (2018 – 2023), beliau mempertahankan kerusi itu pada PRU-14 dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Besar.
Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan Aminuddin bakal bertanding di DUN Linggi, namun beliau enggan mengesahkan dan mengulas mengenai perkara itu.
Difahamkan gerakan besar ini boleh dikatakan berisiko memandangkan Linggi antara kawasan kukuh bagi Barisan Nasional (BN) yang sebelum pembubaran disandang Datuk Mohd Faizal Ramli (UMNO-BN).
Berikut senarai calon PH
N01 Chennah- Loke Siew Fook (DAP)
N02 Pertang – Mohd. Umry Abdul Khois (PKR)
N03 Sungai Lui – Zainal Fikri Abd. Kadir (PKR)
N04 Klawang – Datuk Bakri Sawir (Amanah)
N05 Serting -Yaakob Mahmood. (Amanah)
N06 Palong – Muhammad Zahrin Zinal Abidin
N07 Jeram Padang – G. Manivanan (PKR)
N08 Bahau – Teo Kok Seong (DAP)
N09 Lenggeng – Zarinna Abu Zarin (Amanah)
N10 Nilai – J. Arul Kumar (DAP)
N11 Lobak – Chew Seh Yong (DAP)
N12 Temiang – Ho Weng Wah (DAP)
N13 Sikamat – Nor Azman Mohamad (PKR)
N14 Ampangan – Datuk Muhammad Nazri Kassim (PKR)
N15 Juasseh – Mohd. Aidil Abdullah (PKR)
N16 Seri Menanti – Mohd. Kamarul Arifin Mohd. Wafa
N17 Senaling – Mohd. Hanis Mohd. Alimin (Amanah)
N18 Pilah – Datuk Noorzunita Begum Mohd. Ibrahim (PKR)
N19 Johol – Mohd. Zailan Mohd. Nunawar (Amanah)
N20 Labu – Datuk Ahmad Faez Abdul Razak (PKR)
N21 Bukit Kepayang – Nicole Tan Lee Koon (DAP)
N22 Rahang – Siau Meow Kong (DAP)
N23 Mambau – Lee Kai Yet (DAP)
N24 Seremban Jaya – S. Mugunthan (DAP)
N25 Paroi – Ahmad Shahir Mohd. Shah (Amanah)
N26 Chembong – Danish Nazran Murad (PKR)
N27 Rantau – Dr. Azizul Hakim Mahdi (PKR)
N28 Kota – Muhammad Allif Ibrahim (Amanah)
N29 Chuah – Yew Boon Lye (PKR)
N30 Lukut – Choo Ken Hwa (DAP)
N31 Bagan Pinang – Nasir Rahman (Amanah)
N32 Linggi – Datuk Seri Aminuddin Harun (PKR)
N33 Sri Tanjung – Dr. G. Rajasekaran (PKR)
N34 Gemas -Siti Aishah Seman @ Othman (PKR)
N35 Gemencheh – Abd. Latif A. Tambi (Amanah)
N36 Repah – S. Veerapan (DAP)
