Month: January 2026
Korban tanah runtuh 16 orang
JAKARTA 25 Jan. – Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di Bandung Barat, Jawa Barat meningkat kepada 16 orang, dengan sembilan mangsa berjaya dikenal pasti setakat tengah hari ini. Ketua Perhubungan Awam Polis Jawa Barat, Hendra Rochmawan, berkata sehingga pukul 12 tengah hari, empat lagi mayat ditemukan, di mana sembilan daripada jumlah keseluruhan mayat telah dikenal pasti. Kejadian tanah runtuh berpunca hujan lebat itu melanda Kampung Pasirlangu kira-kira jam 2.30 pagi Sabtu, sehingga menimbus beberapa kawasan perumahan. Berdasarkan data awal, seramai 232 penduduk yang dipindahkan kini berada di pusat perlindungan…
Read MoreKongres Nasional PKR di Melaka Jun
KUALA LUMPUR 25 Jan. – Mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan Kongres Nasional parti itu akan diadakan selama empat hari di Melaka dari 25 hingga 28 Jun ini, kata Ketua Penerangannya, Fahmi Fadzil. Beliau berkata maklumat terperinci akan dikeluarkan Ibu Pejabat KEADILAN dalam masa terdekat. Mesyuarat hari ini juga memutuskan pelantikan Dr Zaliha Mustafa, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Mohammed Taufiq Johari, Dr Mohamad Abdul Hamid dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Ex Officio Biro Politik PKR. Sementara itu, Jamawi Ja’afar, Ruji Ubi, Yamani Hafez Musa pula…
Read MoreKerusi: Amanah cadang runding semula
KOTA BHARU 25 Jan. – Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan rundingan semula agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Melaka dan Johor sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. Pengarah Komunikasi, Khalid Abdul Samad berkata, langkah itu penting bagi memastikan agihan kerusi dibuat secara adil kepada semua parti yang membentuk kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. Menurutnya, landskap politik semasa di Melaka dan Johor menunjukkan kebanyakan kerusi DUN dikuasai Barisan Nasional (BN), sekali gus memerlukan rundingan lebih seimbang antara parti dalam Kerajaan Perpaduan. “Jika PRN Melaka dan Johor diadakan, sebagai usaha bersama dalam…
Read MoreBerita pilihan….
Trump ‘ancam’ Kanada
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua barangan Kanada yang memasuki negara itu jika ia meneruskan perjanjian perdagangan dengan China. Sambil menggelar Perdana Menteri Mark Carney sebagai ‘gabenor’, Trump berkata akan menjadi kesilapan besar beliau jika membenarkan Kanada menjadi ‘pelabuhan persinggahan’ bagi produk China untuk pasaran AS. “Jika Kanada mengadakan perjanjian dengan China, ia akan segera dikenakan tarif 100 peratus terhadap semua barangan dan produk Kanada yang masuk ke AS,” tulis Trump di platform media sosial miliknya, Truth Social. Presiden…
Read MoreCalifornia sertai GOARN
WASHINGTON – California akan menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menyertai Rangkaian Amaran dan Maklum Balas Wabak Global (GOARN) di bawah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) . Gabenor Gavin Newsom berkata, langkah itu susulan keputusan kontroversi pentadbiran Presiden Donald Trump untuk keluar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). GOARN berfungsi untuk memantau dan bertindak balas terhadap wabak yang mengancam, menilai risiko penyakit tertentu, serta meningkatkan keupayaan antarabangsa dalam menanganinya. Kepentingan instrumen antarabangsa sedemikian terbukti semasa pandemik Covid-19 yang tersebar pantas ke seluruh dunia, memandangkan ancaman penyakit tidak mengenal sempadan.…
Read MoreMedia Hari Ini Ahad 25.01.2026
Naim teruskan legasi Bung Moktar
KINABATANGAN 24 Jan. – Barisan Nasional (BN) mengekalkan penguasaan di kerusi Parlimen Kinabatangan pada pilihan raya kecil (PRK) hari ini selepas calonnya Mohd Kurniawan Naim Moktar, 32, menang dengan majoriti besar 14,214 undi. Naim meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Bung Moktar Radin apabila memperoleh 19,852 undi mengalahkan pencabarnya Datuk Saddi Abdul Rahman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau (5,638 undi) dan calon Bebas, Goldam Hamid (946 undi). Pengumuman keputusan rasmi dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini,…
Read MoreMIHA kekalkan kerusi BN Lamag
KINABATANGAN 24 Jan. – Barisan Nasional (BN) menerusi calon, Mohd Ismai Ayob mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 5,681 undi. Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Dr Eddy Syaizul Rizam di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag, di sini. Mohd Ismail yang berdepan saingan calon Parti Warisan, Mazliwati Abdul Malek memperoleh 7,269 undi berbanding Mazliwati sebanyak 1,588 undi. Mohd ismail atau lebih dikenali MIHA sebelum ini adalah calon Bebas untuk DUN Lamag dan beliau pesaing terkuat ketika Pilihan Raya Negeri (PRN)…
Read More