‘The Discombobulator’ tawan Maduro

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menggunakan senjata rahsia yang digelarnya ‘The Discombobulator’ dalam operasi menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro pada awal Januari lalu.

Presiden Donald Trump yang mendedahkan demikian berkata, peranti berkenaan menyebabkan sistem pertahanan Venezuela gagal berfungsi sepenuhnya, termasuk roket buatan Russia dan China yang tidak dapat dilancarkan walaupun sudah diaktifkan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai senjata itu.

“Mereka tidak sempat melancarkan sebarang roket. Walaupun memiliki roket buatan Russia dan China, semuanya gagal berfungsi.

Ketika kami masuk, mereka menekan butang tetapi tiada apa yang beroperasi. Mereka sebenarnya sudah bersedia menghadapi kami,” katanya dalam wawancara bersama New York Post baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai senjata itu.

Trump turut memperbaharui ancamannya untuk melancarkan serangan ketenteraan darat terhadap kartel dadah, termasuk di Mexico.

Presiden itu juga memberi isyarat bahawa AS akan meneruskan kempen serangan ketenteraannya dan berkemungkinan meluaskannya dari Amerika Selatan ke Amerika Utara ketika pentadbirannya berusaha menyasarkan kartel dadah.

“Kami tahu laluan mereka. Kami tahu segala-galanya mengenai mereka. Kami tahu rumah mereka. Kami akan menyerang kartel,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment