Pemecatan Saifuddin cacat

SEPANG 7 Jan. – Pemecatan Saifuddin Abdullah daripada Bersatu adalah ‘cacat’, bertentangan dengan semangat dan prinsip perlembagaan parti kerana ia didakwa dilakukan tanpa persidangan rasmi Lembaga Disiplin (LD) parti itu. Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq berkata, sebagai peguam beliau menegaskan pemecatan tanpa persidangan LD ini bukan isu teknikal kecil tetapi isu keabsahan keputusan. “Saya tidak mempertahankan mana-mana individu, saya mempertahankan perlembagaan, proses dan integriti parti. Apabila proses dipintas, keputusan yang terhasil bukan lagi ketegasan, tetapi penyalahgunaan kuasa. Lebih mendukacitakan, apabila kecacatan proses ini cuba ditutup dengan…

Read More

Prasarana catat 1.31 juta penumpang harian

KUALA LUMPUR 7 Jan. – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), pengendali pengangkutan awam utama di Lembah Klang dan Pulau Pinang merekodkan jumlah perjalanan penumpang harian sebanyak 1.31 juta, tahun lalu. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding 1.18 juta pada tahun sebelumnya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, Prasarana juga berjaya mencatatkan rekod jumlah perjalanan penumpang harian tertinggi dalam sejarah penubuhannya iaitu sebanyak 1.63 juta pada 31 Disember 2025. “Pencapaian ini membuktikan kebolehpercayaan operasi perkhidmatan rel dan bas yang semakin kukuh dan konsisten. “Prasarana juga berjaya mengurangkan jumlah bilangan gangguan perkhidmatan…

Read More

Sayap DAP gesa Akmal letak jawatan

SEPANG 7 Jan . – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meletak jawatan sebagai Exco Melaka dan melaksanakan pendirian untuk keluar Kerajaan Perpaduan. Sayap DAP itu menegaskan, tindakan berkenaan perlu diambil, susulan penegasan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN),  Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam, bahawa partinya akan kekal bersama Kerajaan Perpaduan. Dalam satu kenyataan hari ini, DAPSY juga menyifatkan gimik “keluar kerajaan” yang dimainkan oleh Akmal dalam beberapa hari ini terbukti adalah bahan lawak politik yang memalukan diri sendiri berikutan penegasan Ahmad Zahid.…

Read More

Tenang, biar PAU tentukan hala tuju

SEPANG 7 Jan.  – Semua ahli dan pimpinan UMNO seharusnya kekal tenang dan berhemah, tanpa perlu menyerang, memaki atau menghina mana-mana pihak susulan perkembangan selepas Konvensyen Khas Pemuda UMNO baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Subang Dr Armand Azha Abu Hanifah berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada Presiden, Majlis Tertinggi UMNO dan kepemimpinan parti untuk berbincang secara matang dan mencari penyelesaian terbaik demi masa depan UMNO. “Saya yakin setiap pemimpin yang diberi amanah dalam parti ini mempunyai satu matlamat yang sama melihat UMNO kembali kuat, bersatu dan menjadi pilihan rakyat…

Read More

Dr Akmal mahu berundur dari UMNO?

SEPANG 7 Jan. – Kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh “mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” menimbulkan persoalan sama ada beliau akan meninggalkan jawatannya sebagai pemimpin sayap parti itu. Kenyataan itu susulan ideanya untuk menuntut UMNO keluar dari kerajaan perpaduan ditolak oleh Presidennya Dr Zahid Hamidi yang menegaskan akan bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum akan datang. “Kita dah usaha sehabis baik, kita dah sampaikan sehabis baik. Mungkin kelemahan datang dari diri saya sendiri. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengundur diri,” katanya menerusi Facebooknya. Dalam masa…

Read More

Trump dakwa Venezuela setuju pindah minyak

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, pihak berkuasa interim di Venezuela telah bersetuju untuk memindahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan ke AS untuk dijual pada harga pasaran. Menerusi platform Truth Social, Trump berkata, minyak ini akan dijual pada harga pasaran, dan wang itu akan dikawal oleh beliau, sebagai Presiden AS bagi memastikan ia digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan AS. Presiden itu menambah, Setiausaha Tenaga Chris, Wright telah diminta melaksanakan rancangan berkenaan “dengan segera”, dengan minyak itu akan diangkut menggunakan…

Read More

Venezuela berkabung tujuh hari

CARACAS – Venezuela, mengisytiharkan tujuh hari berkabung bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) di Caracas. Bagaimanapun, setakat ini belum mengumumkan jumlah rasmi korban atau kecederaan akibat serangan AS, yang menyasarkan Presiden Nicolas Maduro. Pemangku Presiden, Delcy Rodriguez turut menuntut pemulangan Maduro dan isterinya, Cilia Flores, yang kini berada dalam tahanan AS di Pusat Tahanan Metropolitan, Brooklyn, New York. Kedua-duanya pada Isnin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dadah dan senjata. “Tiada perang di sini kerana kami bukan negara yang berperang. Kami adalah rakyat, sebuah negara yang cintakan…

Read More