Venezuela berkabung tujuh hari

CARACAS – Venezuela, mengisytiharkan tujuh hari berkabung bagi memperingati mangsa yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS) di Caracas.

Bagaimanapun, setakat ini belum mengumumkan jumlah rasmi korban atau kecederaan akibat serangan AS, yang menyasarkan Presiden Nicolas Maduro.

Pemangku Presiden, Delcy Rodriguez turut menuntut pemulangan Maduro dan isterinya, Cilia Flores, yang kini berada dalam tahanan AS di Pusat Tahanan Metropolitan, Brooklyn, New York.

Kedua-duanya pada Isnin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dadah dan senjata.

“Tiada perang di sini kerana kami bukan negara yang berperang. Kami adalah rakyat, sebuah negara yang cintakan keamanan, tetapi telah diserang dan dianiaya,” tegas Rodriguez.

Dalam pada itu Peguam Negara memaklumkan tiga pegawai telah dilantik untuk menyiasat kematian yang dianggarkan “berpuluh-puluh” orang.

Related posts

Leave a Comment