PUTRAJAYA 16 Dis. – Parti Tindakan Demokratik (DAP), kekal dengan lima menteri dalam rombakan Kabinet Madani dan mendapat tambahan satu jawatan Timbalan Menteri menjadikannya tujuh orang. Bagaimanapun terdapat perubahan portfolio melibatkan menteri dan juga timbalan menteri dalam rombakan yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Dua Timbalan Setiausaha Agung DAP, iaitu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (P: Bukit Mertajam) yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang kini sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Menteri Belia dan Sukan Hanna Yeoh (P: Segambut) ke Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Setiausah Agung…
Read MoreDay: December 16, 2025
Lantikan baharu, pertukaran portfolio
PUTRAJAYA 16 Dis. – Seorang Ahli Dewan Negara dan tujuh Ahli Parlimen adalah muka baharu yang dilantik sebagai timbalan menteri dalam rombakan Kabinet Madani yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di sini petang ini. Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari pula dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan, Hannah Yeoh Tseow Suan yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Senator Marhamah Rosli, penceramah agama, dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu selepas penyandang jawatan itu dinaikkan pangkat sebagai…
Read MoreEnam timbalan menteri naik pangkat
PUTRAJAYA 16 Dis. – Enam timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh manakala seorang muka baharu dilantik dalam penstrukturan semula Kabinet bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran Kerajaan Madani. Selain kenaikan pangkat, penstrukturan itu turut menyaksikan dua menteri di Jabatan Perdana Menteri digugurkan di samping Timbalan Menteri Perpaduan, K Saraswathy serta perubahan portfolio beberapa menteri dan timbalan menteri. Dua Menteri digugurkan adalah Dr Zaliha Mustafa (Wilayah Persekutuan) dan Nai’m Mokhtar (Hal Ehwal Agama) manakala Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Muhammed Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim…
Read MoreLantikan pastikan pasukan mantap
PUTRAJAYA 16 Dis. – Rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan Anwar Ibrahim menyaksikan 27 lantikan baharu dan pertukaran portfolio bagi jawatan menteri dan timbalan menteri. Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan Jemaah Menteri berfungsi sebagai satu pasukan yang mantap serta menumpukan perhatian kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat. Katanya, rombakan membabitkan lantikan baharu dan pertukaran portfolio itu dibuat susulan kekosongan dalam barisan Jemaah Menteri serta keperluan semasa untuk memperkasakan keupayaan Kabinet dalam mendepani cabaran serta kesejahteraan rakyat. “Seperti mana sudah sedia maklum, ada beberapa kekosongan dalam barisan…
Read MoreETS Padang Besar dilanjutkan ke JB
KUALA LUMPUR 16 Dis. – Mulai 1 Januari 2026, Perkhidmatan Shuttle Timuran laluan Gemas – Kuala Lipis ditambah kepada enam perkhidmatan sehari manakala empat perkhidmatan tambahan tren elektrik (ETS) bagi laluan KL Sentral-JB Sentral – KL Sentral. Bagi laluan terus JB Sentral-Padang Besar, dua perkhidmatan sedia ada iaitu Padang Besar – Segamat – Padang Besar akan dilanjutkan sehingga ke JB Sentral, bagi melengkapkan akses terus dari kawasan utara ke Johor Bahru. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataanya berkata, inisiatif ini selaras usaha berterusan meningkatkan kapasiti, ketersambungan dan keselesaan perjalanan…
Read MorePRK Kinabatangan, Lamag 24 Januari
PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag akan diadakan pada 24 Januari depan dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 10 Januari dan pengundian awal pada 20 Januari 2026. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ramlan Harun, berkata tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga jam 11.59 malam, 23 Januari ini. “Sehubungan itu, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara akan dibuka mulai hari ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Pelaksanaan…
Read MoreBerita pilihan…
ICC tolak rayuan Israel
LONDON – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menolak rayuan Israel terhadap kesahihan siasatan mahkamah itu berhubung jenayah perang yang dilakukan di Gaza selepas Oktober 2023. Barisan hakim mengesahkan keputusan terdahulu kamar pra-perbicaraan, dengan memutuskan bahawa tiada “situasi baharu” yang memerlukan pendakwa raya memulakan semula proses atau mengeluarkan notis baharu kepada Israel. Kamar rayuan memutuskan yang siasatan sejak Oktober 2023 melibatkan “jenis konflik bersenjata yang sama, wilayah yang sama serta pihak sama yang didakwa terlibat dalam konflik” seperti disiasat dalam kes Palestin yang berlarutan sekian lama. Israel berhujah yang skala konflik selepas…
Read MoreAustralia tolak dakwaan Netanyahu
SYDNEY – Perdana Menteri Australia Anthony Albanese tidak melihat sebarang kaitan antara serangan maut terhadap satu perayaan Yahudi di Sydney dengan pengiktirafan kerajaan beliau terhadap negara Palestin. Albanese ketika bercakap kepada penyiar Australia, ABC, berkata majoriti dunia mengiktiraf penyelesaian dua negara sebagai jalan yang tepat ke hadapan. “Ini merupakan 24 jam yang luar biasa traumatik,” katanya sebagai reaksi kenyataan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menuduh Australia “menuang minyak ke api anti-Semitik” dan gagal mengambil tindakan tegas terhadap anti-Semitisme. Katanya, tanggungjawab beliau adalah untuk memberikan sokongan kepada komuniti Yahudi dan…
Read More