PUTRAJAYA 16 Dis. – Parti Tindakan Demokratik (DAP), kekal dengan lima menteri dalam rombakan Kabinet Madani dan mendapat tambahan satu jawatan Timbalan Menteri menjadikannya tujuh orang.
Bagaimanapun terdapat perubahan portfolio melibatkan menteri dan juga timbalan menteri dalam rombakan yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dua Timbalan Setiausaha Agung DAP, iaitu Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (P: Bukit Mertajam) yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang kini sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Menteri Belia dan Sukan Hanna Yeoh (P: Segambut) ke Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Setiausah Agung Anthony Loke (P:Seremban); Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo (P: Puchong) dan Timbalan Pengerusi Nga Kor Ming (P: Teluk Intan) kekal dengan jawatan masing-masing.
Dalam kalangan timbalan menteri pula, menyaksikan Pengarah Dasar Chan Foong Hin (P: Kota Kinabalu) yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi ke Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, jawatan yang pernah disandang sebelum ini.
Pengarah Strategik parti, Liew Chin Tong (P: Iskandar Puteri) yang sebelum ini Timbalan Menteri MITI ke Kementerian Kewangan.
Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying yang juga anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bertukar dari Kementerian Kewangan ke Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Muka baharu pula, Naib Pengerusi DAP Sarawak Mordi Bimol (P: Mas Gading) dilantik sebagai Timbakan Menteri Belia dan Sukan.
Tiga yang lain kekal dengan jawatan masing-masing iaitu Teo Nie Ching (P: Kulai); M Kulasegaran (P: Ipoh Barat) dan Wong Kah Woh (P:Taiping).
Nnn
