Lantikan pastikan pasukan mantap

PUTRAJAYA 16 Dis. – Rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan Anwar Ibrahim menyaksikan 27 lantikan baharu dan pertukaran portfolio bagi jawatan menteri dan timbalan menteri.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan Jemaah Menteri berfungsi sebagai satu pasukan yang mantap serta menumpukan perhatian kepada usaha menjana pertumbuhan ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, rombakan membabitkan lantikan baharu dan pertukaran portfolio itu dibuat susulan kekosongan dalam barisan Jemaah Menteri serta keperluan semasa untuk memperkasakan keupayaan Kabinet dalam mendepani cabaran serta kesejahteraan rakyat.

“Seperti mana sudah sedia maklum, ada beberapa kekosongan dalam barisan Jemaah Menteri dan ada keperluan untuk membuat sedikit penyesuaian supaya Kabinet bekerja sebagai satu pasukan.

Ia juga penting bagi menumpukan perhatian menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar serta menyelesaikan masalah rakyat,” katanya pada pengumuman khas rombakan Kabinet hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment