Kos bangun semula Gaza AS$70 bilion

GENEVA – Usaha membangunkan semula kemusnahan akibat perang Hamas dan Israel di Semenanjung Gaza memerlukan kos lebih AS$70 bilion (RM289 bilion), demikian menurut laporan Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD).

Laporan itu juga menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Palestin pada akhir tahun lalu kembali ke paras 2003, pada paras AS$161 (kira-kira RM755) — antara yang terendah di peringkat global, sekali gus menghapuskan 22 tahun kemajuan pembangunan KDNK per kapitanya.

Ekonomi Semenanjung Gaza dilaporkan merudum sebanyak 87 peratus sepanjang 2023-204, sekali gus menghapuskan kemajuan pembangunan yang dicapai selama berdekad-dekad.

Laporan itu juga menunjukkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Palestin pada akhir tahun lalu kembali ke paras 2003, pada paras AS$161 (kira-kira RM755) — antara yang terendah di peringkat global, sekali gus menghapuskan 22 tahun kemajuan pembangunan KDNK per kapitanya.

Operasi ketenteraan dan sekatan ekonomi yang berpanjangan mencetuskan keruntuhan ekonomi Palestin yang belum pernah berlaku sebelum ini, sekali gus terjerumus dalam ‘jurang buatan manusia’, menghapuskan kemajuan pembangunan yang dicapai selama berdekad-dekad.

Kerosakan meluas terhadap infrastruktur, aset produktif dan perkhidmatan awam membalikkan kemajuan sosioekonomi berdekad-dekad di wilayah Palestin yang diduduki.

UNCTAD juga menggesa satu pelan pemulihan komprehensif yang menggabungkan bantuan antarabangsa secara tersusun, pemulihan pemindahan fiskal, serta langkah bagi mengurangkan kekangan terhadap perdagangan, pergerakan dan pelaburan.

Agensi PBB itu turut mencadangkan pelaksanaan pendapatan asas kecemasan sejagat yang memberikan setiap penduduk pemindahan tunai bulanan tanpa syarat dan boleh diperbaharui, berikutan seluruh penduduk Gaza berdepan kemiskinan melampau pelbagai dimensi,

Skala kemusnahan di Gaza selepas perang dua tahun antara Israel dan Hamas itu juga bermakna wilayah berkenaan akan bergantung pada sokongan antarabangsa yang besar dan proses pemulihan dijangka mengambil masa beberapa dekad.

Tebing Barat turut mengalami kemerosotan paling teruk pernah direkodkan, didorong sekatan pergerakan dan akses serta kehilangan peluang dalam semua sektor ekonomi, menurut laporan itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment