92.5 peratus keluar mengundi awal

KOTA KINABALU 25 Nov. – Sebanyak 92.5 peratus atau seramai 17,615 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, polis serta Polis Pasukan Gerakan Am dan pasangan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 58 Pusat Mengundi Awal dibuka mulai pukul 8 pagi dan ditutup pukul 5 petang.

Sebelum ini, SPR memaklumkan seramai 8,347 anggota tentera berserta pasangan masing-masing, dan 10,696 anggota polis termasuk daripada Pasukan Gerakan Am berserta pasangan mereka, layak mengundi awal pada PRN kali ini.

Pilihan raya Sabah akan berlangsung Sabtu ini, membabitkan keseluruhan 73 kerusi DUN dengan penertaan 596 calon daripada pelbagai parti politik dan calon Bebas.

Menurut pecahan yang dikeluarkan SPR, calon Bebas muncul sebagai kumpulan terbesar dengan 74 calon, diikuti Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan 73 calon, serta Parti Impian Sabah (PIS) dengan 72 calon.

(Foto Markas 5 Briged)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment