KOTA KINABALU 14 Nov. – Setakat pagi ini lebih 3,400 set borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 sudah pun dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk di ibu pejabat Putrajaya. Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata daripada jumlah itu, 325 bakal calon sudah mengemukakan bayaran deposit mereka. “Setakat hari ini, kita sudah menjual lebih 3,400 borang (penamaan calon) di seluruh pejabat-pejabat RO (pegawai pengurus pilihan raya) kita (di Sabah) dan juga di ibu pejabat (di Putrajaya),” katanya selepas mengadakan tinjauan persiapan akhir penamaan calon PRN Sabah…
Read MoreMonth: November 2025
UPKO mahu tanding lebih 20 kerusi
PENAMPANG 14 Nov. – Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) akan menampilkan lebih 20 calon dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini. Presidennya, Ewon Benedick berkata, calon-calon UPKO terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk usahawan, pengusaha kelapa sawit, peniaga, ahli Parlimen, bekas pegawai kerajaan serta aktivis masyarakat sivil. Katanya, senarai calon akan diumumkan secara rasmi pada Sabtu ini, dan beliau sendiri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian. “Kita mahu menzahirkan kepemimpinan UPKO supaya kerajaan Sabah…
Read MoreBerita pilihan….
Kekurangan dana ancam bantuan pelarian
NEW YORK – Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini memberi amaran, kekurangan dana yang serius mengancam perkhidmatan penting untuk jutaan pelarian di seluruh rantau itu. Beliau berkata, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, anggaran pendapatan bagi suku pertama 2026 terlalu rendah untuk menampung defisit besar dari 2025. “Tanpa kemasukan dana baharu yang ketara, penyampaian perkhidmatan kritikal kepada jutaan pelarian Palestin di seluruh rantau akan terjejas,” katanya kepada Jawatankuasa Keempat Perhimpunan Agung PBB di New York. Agensi PBB itu berdepan kesukaran kewangan yang semakin meruncing sejak Israel melancarkan…
Read MoreWHO siasat wabak demam berdarah
ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pasukan pakar dan bekalan kecemasan untuk membantu menyiasat dan membendung wabak disyaki demam berdarah virus di selatan Ethiopia yang telah meragut enam nyawa. Menurut portal berita tempatan Addis Insight, enam orang, termasuk seorang doktor dan seorang jururawat meninggal dunia dalam kejadian disyaki akibat wabak itu di bandar Jinka, Zon Omo Selatan. Pengarah perubatan Hospital Besar Jinka Selamu Tadesse, berkata, dua pekerja kesihatan yang meninggal dunia itu merawat pesakit dengan simptom yang sama, mengaitkan risiko penularan melalui sentuhan rapat dengan pesakit. WHO dalam kenyataannya…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 14.11.2025
Dr Maimunah Penasihat Hartanah Petronas
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dr Maimunah Mohd Sharif yang dipendekkan tempoh lantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik sebagai Penasihat Hartanah Petronas yang baharu berkuat kuasa pada 17 November 2025. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Petronas, fokus utama pelantikan ini adalah untuk beliau memberi panduan terutamanya berkaitan pembangunan tanah di Sungai Besi, Kota Madani dan pembangunan hartanah syarikat yang lain. “Petronas yakin bahawa pengalaman dan kepakaran luas Maimunah akan memberi nilai tambah yang besar kepada inisiatif pembangunan syarikat pada masa hadapan,” kata kenyataan itu. Pengumuman pelantikan itu dibuat selepas…
Read MoreTempoh lantikan Datuk Bandar KL dipendekkan
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Tempoh pelantikan Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dipendekkan setahun lebih awal daripada 14 Ogos 2026 kepada 14 November 2025. Keputusan itu diambil bagi memberi ruang kepada beliau untuk menyumbang kepakaran dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) gergasi nasional yang diberi tanggungjawab membangunkan mercu tanda baharu di Kuala Lumpur. Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata, perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. “Keputusan ini mengambil kira keperluan perkhidmatan dan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perancangan…
Read MoreART: 3 wakil rakyat PKR kemuka 5 cadangan
KUALA LUMPUR 13 Nov. – Tiga ahli Parlimen PKR menggesa kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua perkara berkaitan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa sangat berat sebelah. Saranan itu adalah antara lima cadangan yang digariskan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Chen berkata, setelah penelitian dan perbincangan mendalam dibuat, mereka melihat perjanjian itu memihak kepada AS lebih-lebih lagi dakwanya Timbalan Menteri Kementerian Pelaburan,…
Read MoreKDM tanding 40 kerusi, 3 akan ‘dipertahankan’
KOTA KINABALU 13 Nov. – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan senarai 39 calon, yang melibatkan sekitar 70 peratus muka baharu, dengan 30 peratus daripadanya merupakan calon muda. Timbalan Presidennya, Wetrom Bahanda berkata, seorang lagi calon akan diumumkan esok iaitu untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong menjadikan jumlah calon seramai 40 orang. “Semua calon kita terdiri daripada profesional, ahli akademik, ada yang berniaga dan ada orang baharu berusia 27 tahun iaitu pemangku Presiden, Priscella Peter serta ada juga orang berpengalaman. Jadi calon-calon kita mencakupi semua kategori atau semua pihak.…
Read More