Lebih 3,400 borang penamaan dijual

KOTA KINABALU 14 Nov. – Setakat pagi ini lebih 3,400 set borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 sudah pun dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk di ibu pejabat Putrajaya.

Pengerusi SPR, Ramlan Harun, berkata daripada jumlah itu, 325 bakal calon sudah mengemukakan bayaran deposit mereka.

“Setakat hari ini, kita sudah menjual lebih 3,400 borang (penamaan calon) di seluruh pejabat-pejabat RO (pegawai pengurus pilihan raya) kita (di Sabah) dan juga di ibu pejabat (di Putrajaya),” katanya selepas mengadakan tinjauan persiapan akhir penamaan calon PRN Sabah ke-17 di Dewan Sri Putatan di sini, hari ini.

Proses penamaan calon bagi PRN Sabah membabitkan 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) akan berlangsung di 25 pusat penamaan calon di seluruh negeri ini, esok.

Ramlan berkata, SPR bersedia untuk menerima kehadiran bakal calon termasuk di kawasan yang dijangka bakal ditandingi oleh ramai calon.

Katanya, pusat penamaan calon akan dibuka mulai pukul 9 hingga 10 pagi dan semua bakal calon digalakkan datang awal dalam dalam tempoh untuk borang mereka diproses oleh SPR.

Beliau turut menasihatkan penyokong parti yang hadir mengiringi calon esok dapat menghormati proses dan memberi ruang kepada SPR menyempurnakan tanggungjawab mereka tanpa sebarang gangguan.

“Saya berharap proses penambahan calon esok akan dapat berjalan dengan aman dan tenang. Semua pihak kita harap dapat memberi kerjasama sebaik mungkin, mengelakkan sebarang provokasi dan sebagainya.

Yang penting, kita harap proses penamaan nanti dapat berjalan dengan lancar dan sempurna,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment