WHO siasat wabak demam berdarah

ISTANBUL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghantar pasukan pakar dan bekalan kecemasan untuk membantu menyiasat dan membendung wabak disyaki demam berdarah virus di selatan Ethiopia yang telah meragut enam nyawa.

Menurut portal berita tempatan Addis Insight, enam orang, termasuk seorang doktor dan seorang jururawat meninggal dunia dalam kejadian disyaki akibat wabak itu di bandar Jinka, Zon Omo Selatan.

Pengarah perubatan Hospital Besar Jinka Selamu Tadesse, berkata, dua pekerja kesihatan yang meninggal dunia itu merawat pesakit dengan simptom yang sama, mengaitkan risiko penularan melalui sentuhan rapat dengan pesakit.

WHO dalam kenyataannya berkata, pasukan 11 pakar WHO akan membantu memperkukuh usaha pengawasan, ujian makmal, kawalan jangkitan dan rawatan klinikal sebagai tindak balas terhadap wabak yang disyaki itu.

Pihak berkuasa kesihatan Ethiopia sedang menyiasat dan meningkatkan respons mereka selepas kes disyaki di Wilayah Selatan Ethiopia dengan ujian makmal sedang dijalankan di Institut Kesihatan Awam Ethiopia untuk menentukan punca, katanya.

Selain menyediakan bekalan penting, termasuk peralatan perlindungan diri, bahan pencegahan jangkitan, khemah pengasingan yang boleh digunakan dan sokongan teknikal tambahan, WHO turut menyalurkan US$300,000 daripada Dana Kontingensi untuk Kecemasan bagi membantu negara Afrika Timur itu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment