KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dr Maimunah Mohd Sharif yang dipendekkan tempoh lantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik sebagai Penasihat Hartanah Petronas yang baharu berkuat kuasa pada 17 November 2025.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Petronas, fokus utama pelantikan ini adalah untuk beliau memberi panduan terutamanya berkaitan pembangunan tanah di Sungai Besi, Kota Madani dan pembangunan hartanah syarikat yang lain.
“Petronas yakin bahawa pengalaman dan kepakaran luas Maimunah akan memberi nilai tambah yang besar kepada inisiatif pembangunan syarikat pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.
Pengumuman pelantikan itu dibuat selepas Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan tempoh perkhidmatan Maimunah sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dipendekkan.
Maimunah akan membimbing syarikat itu dalam membentuk fasa pertumbuhan baharu portfolio hartanahnya.
Pemilihan tokoh perancang bandar itu signifikan memandangkan beliau pemimpin yang dihormati di peringkat global, seorang teknokrat bertauliah dengan pengalaman luas.
“Kepakaran teras beliau selama lebih 40 tahun adalah dalam bidang pembangunan bandar mapan,” kata Petronas.
Pemilihan tokoh perancang bandar itu signifikan memandangkan beliau pemimpin yang dihormati di peringkat global, seorang teknokrat bertauliah dengan pengalaman luas.
“Pihak Pengurusan Petronas mengalu-alukan penyertaan Datuk Seri Dr Maimunah. Petronas yakin bahawa pengetahuan serta pengalaman luas beliau akan menjadi satu penambahan nilai yang amat berharga kepada syarikat itu,” kata kenyataan itu.
Dr. Maimunah, di peringkat antarabangsa, telah melakar sejarah sebagai wanita Asia pertama yang dilantik memegang jawatan Setiausaha Agung Rendah PBB.
Beliau juga ialah Pengarah Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-Habitat).
Nnnnn
