KOTA KINABALU 13 Nov. – Empat lagi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diumumkan hari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRN) ke-17, melengkapkan senarai penuh 55 calon gabungan berkenaan. Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Hajiji Noor, berkata calon berkenaan ialah Prof Madya Dr Bonaventure Boniface bagi kerusi Tamparuli, Rafie Robert Tawik (Bingkor), Samsiah Usman (Kukusan) dan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik). “Semua calon ini membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai. Saya yakin mereka mempunyai kemampuan untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya pada Majlis…
Read MoreMonth: November 2025
Adik ganti Shahelmey di Tanjung Keramat
KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat yang dimenanginya atas tiket UMNO pada pilihan raya lalu. Shahelmey sudah diberi laluan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) , namun bekas Timbalan Ketua Menteri itu tidak memberikan jawapan. Sebelum ini, Shahelmey berteka-teki sama ada mahu bertanding atas tiket GRS bagi kerusi yang disandangnya sejak 2020 selepas UMNO enggan menamakannya berikutan penggantungan keahlian, selain didakwa mengkhianati parti. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf…
Read MoreBerita pilihan…
Tibi kekal pembunuh berjangkit utama
GENEVA – Penyakit batuk kering atau tuberkulosis (Tibi) meragut kira-kira 1.23 juta nyawa tahun lalu, kekal sebagai pembunuh berjangkit utama dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan demikian memberi amaran bahawa kemajuan dalam memerangi penyakit itu masih rapuh. Berdasarkan laporan tinjauan tahunan WHO yang dikeluarkan semalam, angka kematian akibat penyakit tibi berkurangan sebanyak tiga peratus berbanding 2023, manakala kes jatuh hampir dua peratus. Dianggarkan 10.7 juta orang di seluruh dunia dijangkiti penyakit itu pada 2024, iaitu 5.8 juta lelaki, 3.7 juta wanita dan 1.2 juta kanak-kanak. Penyakit tibi yang boleh…
Read MoreBerjuta orang di dunia terdedah kebuluran
ROME – Berjuta-juta orang di seluruh dunia terutama di beberapa negara berdepan berisiko menghadapi kebuluran, dengan kekurangan dana menjadikan keadaan semakin teruk. Laporan bersama oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Makanan Dunia (WFP) memaklumkan, peperangan dan keganasan menjadi punca utama masalah kekurangan makanan serius di kebanyakan negara yberisiko tinggi. Antara negara yang paling terjejas dan berdepan risiko kebuluran besar-besaran dalam masa terdekat adalah Haiti, Mali, Palestin, Sudan Selatan, Sudan dan Yaman. Turut berada pada tahap kebimbangan tinggi termasuk Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Myanmar, Nigeria, Somalia dan Syria di…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 13.11.2025
Rahman Dahlan tarik diri calon BN Tempasuk
KOTA KINABALU – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menarik diri sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk selepas namanya diumumkan sebagai calon, Ahad lalu. Dalam kenyataan melalui Facebooknya, Timbalan Ketua UMNO Sabah itu berkata, beliau telah memaklumkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengenai hasrat untuk tidak meneruskan pencalonannya. “Saya telah memberitahu Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baharu dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili UMNO di DUN Tempasuk. Saya telah bertanding tiga kali…
Read MoreGabungan Rakyat Sabah tanding 55 kerusi
KOTA KINABALU 12 Nov. – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meletakkan calon di 55 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17. Pengerusi GRS, Hajiji Noor berkata, bagaimanapun calon yang diumumkan secara rasmi hari ini melibatkan 51 kerusi, sementara empat lagi calon dijangka diumumkan esok. Berucap pada majlis pengumuman calon GRS, beliau menyeru semua pihak merapatkan saf dan memperkukuh semangat perjuangan untuk memastikan kemenangan gabungan tersebut, demi kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri. Katanya, sebanyak 33 peratus adalah muka baharu di mana 29 calon adalah…
Read MoreBN umum empat calon baharu
KOTA KINABALU 12 Nov. – Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan penambahan empat calon baharu bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 menjadikan 45 kerusi yang akan ditandingi pada 29 November ini. Penambahan itu sebagai langkah memperkukuh barisan kepemimpinan dan kesiapsiagaan parti menghadapi pilihan raya berkenaan. Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin, berkata keputusan dibuat selepas meneliti perkembangan mutakhir serta hasil rundingan yang diperhalusi bagi memastikan representasi parti lebih menyeluruh dan strategik. “Kerusi-kerusi tambahan ini diputuskan selaras dengan aspirasi BN untuk memastikan representasi yang lebih menyeluruh, berimbang dan…
Read MoreWarisan tanding semua 73 kerusi
KOTA KINABALU 12 Nov. – Presiden Parti Warisan (Warisan), Mohd Shafie Apdal mengetuai senarai 73 calon yang akan bertanding di 73 kawasan pada Pilihanraya Umum Dewan Undangan Sabah ke 17 yang akan diadakan 29 November ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Semporna akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang. Warisan mempertaruhkan lebih 60 peratus muka baharu dan sembilan calon wanita dan setakat ini merupakan satu-satunya parti yang bertanding di semua kawasan yang dipertandingkan. Sementara itu, dua lagi Ahli Parlimen yang akan bertanding adalah Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohammad Yusof…
Read More