LEBIH 1,000 orang menyertai majlis berbuka puasa beramai-ramai di Arab Street, Singapura semalam anjuran One Kampong Gelam (OKG).
Majlis itu sebahagian daripada acara “Raikan Cahaya Ramadan 2023″ yang
bertujuan memupuk semangat kemasyarakatan serta, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan
Sebanyak 200 meja disediakan di sepanjang Arab Street di mana orang ramai diberikan pilihan untuk menempah meja sendiri ataupun menaja meja untuk tujuan amal bagi penerima bantuan Baitul Mal Masjid Sultan dan GRC Jalan Besar.
Acara tersebut turut dihadiri Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee dan Pengerusi One Kampong Gelam, Zaki Ma’arof.
Lee dalam ucapannya antara lain berkata acara seumpama itu memberi peluang kepada rakyat Singapura berbilang kaum dan agama untuk memahami erti bulan Ramadan.��”Pada bulan Ramadan, bila saya hadiri majlis berbuka puasa, ustaz akan mengingatkan bahawa ia adalah masa untuk bersama-sama dengan keluarga, masa untuk bermaafan, bersatu sebagai sebuah masyarakat.
Sesuatu yang unik tentang kita bila berbuka puasa, kita membukanya kepada rakyat Singapura berbilang kaum dan agama untuk memahami erti bulan Ramadan dan kami hargai cara bagi masyarakat berbilang kaum dan agama meraikan musim perayaan kita,” kata Lee.
