Dr Maimunah Penasihat Hartanah Petronas

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dr Maimunah Mohd Sharif yang dipendekkan tempoh lantikan sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dilantik sebagai Penasihat Hartanah Petronas yang baharu berkuat kuasa pada 17 November 2025. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Petronas, fokus utama pelantikan ini adalah untuk beliau memberi panduan terutamanya berkaitan pembangunan tanah di Sungai Besi, Kota Madani dan pembangunan hartanah syarikat yang lain. “Petronas yakin bahawa pengalaman dan kepakaran luas Maimunah akan memberi nilai tambah yang besar kepada inisiatif pembangunan syarikat pada masa hadapan,” kata kenyataan itu. Pengumuman pelantikan itu dibuat selepas…

Read More

Tempoh lantikan Datuk Bandar KL dipendekkan

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Tempoh pelantikan Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur dipendekkan setahun lebih awal daripada 14 Ogos 2026 kepada 14 November 2025. Keputusan itu diambil bagi memberi ruang kepada beliau untuk menyumbang kepakaran dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) gergasi nasional yang diberi tanggungjawab membangunkan mercu tanda baharu di Kuala Lumpur. Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata, perkara itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. “Keputusan ini mengambil kira keperluan perkhidmatan dan kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang perancangan…

Read More

ART: 3 wakil rakyat PKR kemuka 5 cadangan

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Tiga ahli Parlimen PKR menggesa kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semua perkara berkaitan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa sangat berat sebelah. Saranan itu adalah antara lima cadangan yang digariskan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. Chen berkata, setelah penelitian dan perbincangan mendalam dibuat, mereka melihat perjanjian itu memihak kepada AS lebih-lebih lagi dakwanya Timbalan Menteri Kementerian Pelaburan,…

Read More

KDM tanding 40 kerusi, 3 akan ‘dipertahankan’

KOTA KINABALU 13 Nov. – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan senarai 39 calon, yang melibatkan sekitar 70 peratus muka baharu, dengan 30 peratus daripadanya merupakan calon muda. Timbalan Presidennya,  Wetrom Bahanda berkata, seorang lagi calon akan diumumkan esok iaitu untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong menjadikan jumlah calon seramai 40 orang. “Semua calon kita terdiri daripada profesional, ahli akademik, ada yang berniaga dan ada orang baharu berusia 27 tahun iaitu pemangku Presiden, Priscella Peter serta ada juga orang berpengalaman. Jadi calon-calon kita mencakupi semua kategori atau semua pihak.…

Read More

Empat lagi calon GRS diumum

KOTA KINABALU 13 Nov. – Empat lagi calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diumumkan hari ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRN) ke-17, melengkapkan senarai penuh 55 calon gabungan berkenaan. Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Hajiji Noor, berkata calon berkenaan ialah Prof Madya Dr Bonaventure Boniface bagi kerusi Tamparuli, Rafie Robert Tawik (Bingkor), Samsiah Usman (Kukusan) dan Datuk Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik). “Semua calon ini membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai. Saya yakin mereka mempunyai kemampuan untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya pada Majlis…

Read More

Adik ganti Shahelmey di Tanjung Keramat

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat yang dimenanginya atas tiket UMNO pada pilihan raya lalu. Shahelmey sudah diberi laluan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor untuk bertanding menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah (GRS) , namun bekas Timbalan Ketua Menteri itu tidak memberikan jawapan. Sebelum ini, Shahelmey berteka-teki sama ada mahu bertanding atas tiket GRS bagi kerusi yang disandangnya sejak 2020 selepas UMNO enggan menamakannya berikutan penggantungan keahlian, selain didakwa mengkhianati parti. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf…

Read More

Tibi kekal pembunuh berjangkit utama

GENEVA – Penyakit batuk kering atau tuberkulosis (Tibi) meragut kira-kira 1.23 juta nyawa tahun lalu, kekal sebagai pembunuh berjangkit utama dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melaporkan demikian memberi amaran bahawa kemajuan dalam memerangi penyakit itu masih rapuh. Berdasarkan laporan tinjauan tahunan WHO yang dikeluarkan semalam, angka kematian akibat penyakit tibi berkurangan sebanyak tiga peratus berbanding 2023, manakala kes jatuh hampir dua peratus. Dianggarkan 10.7 juta orang di seluruh dunia dijangkiti penyakit itu pada 2024, iaitu 5.8 juta lelaki, 3.7 juta wanita dan 1.2 juta kanak-kanak. Penyakit tibi yang boleh…

Read More

Berjuta orang di dunia terdedah kebuluran

ROME – Berjuta-juta orang di seluruh dunia terutama di beberapa negara berdepan berisiko menghadapi kebuluran, dengan kekurangan dana menjadikan keadaan semakin teruk. Laporan bersama oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Program Makanan Dunia (WFP) memaklumkan, peperangan dan keganasan menjadi punca utama masalah kekurangan makanan serius di kebanyakan negara yberisiko tinggi. Antara negara yang paling terjejas dan berdepan risiko kebuluran besar-besaran dalam masa terdekat adalah Haiti, Mali, Palestin, Sudan Selatan, Sudan dan Yaman. Turut berada pada tahap kebimbangan tinggi termasuk Afghanistan, Republik Demokratik Congo, Myanmar, Nigeria, Somalia dan Syria di…

Read More