Pertembungan bekas menteri, timbalan di Bongawan

BONGAWAN 10 Nov – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan kini menjadi tumpuan apabila ahli Parlimen dan bekas Ahli Parlimen Kimanis akan bertembung pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 29 November ini. BN akan diwakili Timbalan Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin manakala bekas Menteri Luar  Anifah Aman dari Parti Cinta Sabah (PCS) dinamakan sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pada Pilihan Raya Umum 2020, calon Warisan, Daud Yusof menang dengan majoriti 1,802 selepas memperoleh 5,400 undi mengalahkan calon BN Hj AG Syairin (3,548…

Read More

UPKO tinggalkan Pakatan Harapan

PENAMPANG 10 Nov. – Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hari ini memutuskan untuk meninggalkan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang disertainya selama empat tahun berkuatkuasa serta-merta. Berikutan  itu, UPKO bersedia bekerjasama dengan parti-parti tempatan Sabah yang mahu memperjuangkan agenda Sabah First bersama-sama supaya pelaksanaan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan. Dalam satu kenyataan, mesyuarat membincangkan agenda Sabah First yang menjadi asas perjuangan dan hala tuju kepemimpinan UPKO dan keputusan meninggalkan PH juga bagi menyahut seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan Sabah dimulakan melalui…

Read More

Ewon letak jawatan terlalu awal

TAWAU 10 Nov. – Tindakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick meletakkan jawatan Kabinet merupakan satu keputusan yang terlalu awal, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, keputusan sama ada kerajaan akan merayu atau tidak terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah masih belum dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri. “Peguam Negara baru sahaja merujuk perkara ini tiga hari lalu. Mesyuarat Jemaah Menteri akan diadakan esok untuk meneliti dan memuktamadkan pendirian kerajaan,” katanya ditemui media selepas menghadiri Jelajah Malaysia Digital Sabah di Pasar Taman Semarak, hari ini. Pada 8…

Read More

Surat letak jawatan sudah dihantar

PENAMPANG 10 Nov. – Presiden UPKO  Ewon Benedick menaklumkan, beliau sudah mengemukakan surat perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pagi ini. Ahli Parlimen Penampang itu yang mengumumkan hasrat meletak jawatan pada 8 November lalu berkata, mulai hari ini juga, beliau akan mula menghabiskan baki cuti yang ada. Menerusi hantaran di Facebooknya, beliau memaklumkan akan mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO bagi membincangkan agenda “Sabah First” yang menjadi asas perjuangan parti seperti termaktub dalam Perlembagaan Parti. Edwon sebelum ini mengumumkan peletakan jawatan itu selaras dengan prinsipnya untuk terus memperjuangkan…

Read More

Rakyat AS bakal dapat ‘dividen’

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membayar kebanyakan rakyatnya  ‘dividen’ sekurang-kurangnya AS$2,000 (RM8,352) setiap seorang, Presiden Donald Trump, berkata hanya rakyat berpendapatan tinggi dikecualikan, tetapi tidak menyatakan paras pendapatan atau tempoh pelaksanaan cadangan itu. Trump membuat hantaran di platform Truth Social semalam (Ahad) hampir seminggu selepas Parti Demokrat mencatat kemenangan di beberapa pilihan raya tempatan dan negeri di seluruh negara, Ini termasuk mengekalkan jawatan gabenor di New Jersey dan Virginia serta merampas kerusi Parti Republikan di suruhanjaya utiliti di Georgia, yang selama ini negeri dikuasai Republikan. Susulan pilihan raya…

Read More

Pengarah urusan BBC letak jawatan

LONDON – Pengarah Urusan BBC, Tim Davie, dan Ketua Eksekutif Berita, Deborah Turness, meletakkan jawatan semalam (Ahad) susulan kritikan hebat terhadap suntingan ucapan Presiden Donald Trump, dalam sebuah dokumentari. Mereka berundur selepas dokumentari program Panorama didapati menyunting dua bahagian ucapan Trump secara berturutan sehingga memberi gambaran seolah-olah beliau menghasut rusuhan Capitol Hill pada 6 Januari 2021. Suntingan tersebut mencetuskan kemarahan White House, yang menuduh BBC sebagai “mesin propaganda” dan tidak lagi berkecuali dalam liputan politik antarabangsa. Kritikan terhadap BBC semakin memuncak selepas laporan dalaman oleh bekas penasihat piawaian disiarkan oleh…

Read More