BONGAWAN 10 Nov – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan kini menjadi tumpuan apabila ahli Parlimen dan bekas Ahli Parlimen Kimanis akan bertembung pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 pada 29 November ini.
BN akan diwakili Timbalan Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin manakala bekas Menteri Luar Anifah Aman dari Parti Cinta Sabah (PCS) dinamakan sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pada Pilihan Raya Umum 2020, calon Warisan, Daud Yusof menang dengan majoriti 1,802 selepas memperoleh 5,400 undi mengalahkan calon BN Hj AG Syairin (3,548 undi), Anifah (PCS) mendapat 3,598 dan calon LDP Mohd Azree Abd Ghani (232).
Pengerusi GRS, Hajiji Noor mengumumkan pencalonan Anifah yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis dalam satu Majlis Ramah Mesra Hajiji bersama rakyat Bongawan di Dewan Bongawan hari ini.
Beliau yang yakin mampu memenangi Bongawan yang kini disandang oleh parti pembangkang, berharap kawasan itu akan diwakili parti kerajaan supaya boleh dimajukan seperti slogan Bongawan Maju.
“Kita mahu menang di kawasan ini pada PRN nanti. Saya yakin Tan Sri Anifah yang dahulunya Ahli Parlimen Kimanis banyak jasa beliau kepada kawasan Bongawan ini.
Sehubungan itu, saya memohon kita bersatu hati, satu tenaga memantapkan jentera untuk memastikan kemenangan GRS di Bongawan,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum 2020, calon Warisan, Daud Yusof menang dengan majoriti 1,802 selepas memperoleh 5,400 undi mengalahkan calon BN Hj AG Syairin (3,548 undi), Anifah (Parti Cinta Sabah) mendapat 3,598 dan Mohd Azree Abd Ghani (232).
Selain Bongawan, Hajiji juga menyatakan keyakinannya terhadap keupayaan GRS untuk kembali membentuk kerajaan selepas PRN Sabah pada 29 November nanti.
Sementara itu, Hajiji mengingatkan pentingnya semua bersatu hati bagi memastikan wujud kestabilan politik di Sabah yang diterjemahkan menerusi sokongan pada PRN nanti.
Katanya, sekiranya GRS kembali membentuk kerajaan, pelbagai lagi program ekonomi akan dirancang untuk rakyat sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Berikutan itu, Hajiji mengingatkan agar rakyat tidak mempercayai dakyah pembangkang dan terpengaruh dengan retorik, fitnah dan pembohongan mereka.
Nnnn
