Pengarah urusan BBC letak jawatan

LONDON – Pengarah Urusan BBC, Tim Davie, dan Ketua Eksekutif Berita, Deborah Turness, meletakkan jawatan semalam (Ahad) susulan kritikan hebat terhadap suntingan ucapan Presiden Donald Trump, dalam sebuah dokumentari.

Mereka berundur selepas dokumentari program Panorama didapati menyunting dua bahagian ucapan Trump secara berturutan sehingga memberi gambaran seolah-olah beliau menghasut rusuhan Capitol Hill pada 6 Januari 2021.

Suntingan tersebut mencetuskan kemarahan White House, yang menuduh BBC sebagai “mesin propaganda” dan tidak lagi berkecuali dalam liputan politik antarabangsa.

Kritikan terhadap BBC semakin memuncak selepas laporan dalaman oleh bekas penasihat piawaian disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph, yang turut menegur liputan BBC berkenaan konflik Israel-Hamas dan isu transgender.

Laporan itu menyatakan kegagalan BBC mengekalkan keseimbangan editorial dalam beberapa liputan utama.

“Seperti semua organisasi awam, BBC tidak sempurna. Perdebatan semasa mengenai integriti berita kami telah menyumbang kepada keputusan saya untuk berundur,” kata Tim Davie dalam kenyataan rasmi.

Langkah peletakan jawatan ini mengejutkan banyak pihak dalam lembaga BBC dan mencetuskan perdebatan hangat mengenai kebebasan media, ketelusan editorial, dan tekanan politik terhadap organisasi penyiaran awam.

BBC kini dijangka melantik pemimpin interim sementara siasatan dalaman diteruskan dan semakan semula dasar editorial dijalankan.aaa,

Related posts

Leave a Comment