8.9 juta kes, 466,527 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah 8.9 juta kes, meningkat kira-kira 120,000 dalam tempoh 24 jam dengan 466,527 kematian, peningkatan kira-kira 6,000 kes dalam masa 24 jam.

Data Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) mendahului kes jangkitan dan kematian dengan jumlah kumulatif 2.27 juta kes dan 119,949 kematian.

Brazil menjadi negara kedua yang melepasi angka jangkitan 1 juta kes dengan 1,083,341 kes dan 50,591 kematian.

Rusia walaupun merekodkan jangkitan kes di tempat ketiga dengan 583,879 tetapi mencatatkan kematian kira-kira 8,000, tidak berada dalam kelompok 10 negara yang mencatatkan kematian tertinggi.

Bagaimanapun United Kingdom (UK) yang merekodkan 305,803 kes di tempat kelima di belakang India menduduki tempat ketiga kematian dengan 42,717.

India pula merekodkan 410,461 kes dengan catatan kematian 13,254.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 iaitu Peru, Sepanyol, Chile, Itali, dan Iran sementara lapan negara merekodkan kes jangkitan melebihi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, Pakistan, Mexico, Arab Saudi, Bangladesh dan Kanada.

Sementara itu Itali berada di kedudukan keempat merekodkan kematian iaitu 34,634 diikuti Perancis 29,643, Sepanyol 28,323 dan Mexico 20,781.

Related posts

Leave a Comment