81,880 saman dikeluarkan dalam 20 hari

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Sebanyak 81,880 saman dikeluarkan dalam tempoh hanya 20 hari bulan ini (1 hingga 20 Oktober 2025) menerusi Op Patuh Undang-Undang (Op PUU), kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus. Beliau berkata, angka yang direkodkan itu menunjukkan bahawa walaupun kempen kesedaran dan pemantauan dijalankan selama sebulan, masih ramai pengguna jalan raya enggan mengubah sikap mereka. “Angka ini amat membimbangkan. Jika trend ini berterusan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, ia akan menunjukkan bahawa kempen dan program kami gagal mendorong perubahan sikap. “Saman itu dikeluarkan…

Read More

TH, KKM perkukuh pemeriksaan kesihatan

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan (KKM) kini memperkukuh sistem pemeriksaan kesihatan wajib supaya hanya jemaah haji yang benar-benar layak daripada segi kesihatan dibenarkan menjalani ibadah itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ibadah haji bukan sekadar Rukun Islam kelima tetapi ia juga ujian kemampuan (istito’ah), termasuk kemampuan dari segi kesihatan fizikal dan mental. Katanya, bagi mereka yang belum melepasi tahap kesihatan minimum, TH menyarankan penangguhan giliran haji dan ia bukan sebagai sekatan, tetapi sebagai peluang untuk…

Read More

Projek penyuraian trafik bermula

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Pakej 1 bagi Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD), Butterworth bermula hari ini. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan berkata, NAZA Engineering & Construction Sdn Bhd dilantik sebagai kontraktor utama untuk pakej itu selepas melalui proses tender terbuka. “Pakej satu yang meliputi kerja-kerja menaiktaraf bulatan di Persimpangan Bertingkat Timur-Barat (KM135.15-KM135.4) dan pembinaan jejambat baharu di Jalan Tun Hussein On (KM133.5-KM134.5) yang akan dilaksanakan selama 24 bulan. “Pakej 1 adalah sebahagian daripada pakej-pakej projek PTJSD yang bertujuan menyuraikan trafik…

Read More

Hamas hapus jika langgar gencatan senjata

WASHINGTON – Kumpulan pejuang Palestin, Hamas akan “dihapuskan” sekiranya melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Israel, demikian amaran oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. “Kami telah membuat perjanjian dengan Hamas – mereka akan berkelakuan baik, mereka akan bersikap sopan,” kata Trump kepada wartawan di White House ketika menerima lawatan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, pada Isnin. Tegasnya, jika Hamas tidak berbuat demikian, AS akan bertindak dan menghapuskan mereka. “Mereka tahu perkara itu,” tegasnya ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pegawai Israel menyeru semua pihak mengekalkan ketenangan selepas keganasan tercetus semula…

Read More

Trump lawat China awal 2026

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan melakukan lawatan rasmi ke China pada awal tahun depan selepas menerima jemputan daripada kerajaan Beijing. Bercakap kepada wartawan di White House, di sini, pada Isnin, Trump berkata, tarikh lawatan hampir dimuktamadkan. Sebelum lawatan itu, Trump akan bertemu Presiden China, Xi Jinping di Korea Selatan hujung bulan ini bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan yang disifatkannya sebagai “adil”, walaupun hubungan kedua-dua negara baru-baru ini tegang susulan pertikaian tarif. Minggu lalu, ketegangan antara Washington dan Beijing hampir mencetuskan semula perang perdagangan apabila China mengumumkan sekatan…

Read More

KPM akan umum langkah tambahan

PUTRAJAYA 20 Okt. – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengumumkan beberapa langkah tambahan dalam masa terdekat bagi menyusun semua mekanisme bagi memperkukuh ekosistem sekolah selamat. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata beliau mengadakan pertemuan dan diberi taklimat bersama pasukan sokongan psikososial yang sedang melaksanakan intervensi krisis bagi membantu warga sekolah yang terjejas selepas beberapa insiden untuk mendukung sokongan kesihatan mental. Menerusi Facebooknya, beliau berkata beberapa perbincangan dengan pasukan KPM turut diadakan terkait usaha tambah baik aspek keselamatan di sekolah dan disiplin anak-anak sebagaimana keputusan jemaah Menteri. “Beberapa insiden yang berlaku lewat ini…

Read More

Rumah Terbuka Deepavali pemimpin

KUALA LUMPUR 20 Okt . – Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa berkunjung ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali hari ini. Dalam hantaran di media sosial, Anwar memaklumkan beliau mengunjungi Gobind bagi bersama meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan. “Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya. Turut kelihatan dalam kunjungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Sementara itu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan menerusi…

Read More

Buli fizikal, mental, emosi tidak boleh diterima

PUTRAJAYA 20 Okt. – Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit, termasuk pihak pentadbiran institusi, pelajar, atau individu yang gagal melindungi keselamatan murid di institusi pendidikan agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya memandang serius terhadap laporan media berkaitan dakwaan seorang murid perempuan berusia 13 tahun dibuli baru-baru ini. “Saya mengambil maklum laporan dakwaan seorang murid perempuan dari sebuah institusi pendidikan agama di ibu negara yang dipercayai menjadi mangsa buli sehingga menyebabkan kecederaan fizikal dan trauma emosi,” katanya.…

Read More