KUALA LUMPUR 20 Okt . – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa berkunjung ke kediaman Menteri Digital, Gobind Singh Deo sempena sambutan Deepavali hari ini.
Dalam hantaran di media sosial, Anwar memaklumkan beliau mengunjungi Gobind bagi bersama meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan.
“Semoga seluruh penganut Hindu berbahagia di samping keluarga tersayang,” katanya.
Turut kelihatan dalam kunjungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.
Sementara itu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan menerusi Facebook turut menyambut kehadiran beberapa pemimpin parti politik sempena sambutan Deepavali.
Mereka termasuklah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan, Setiausaha Agung BN Dr Zambry Abd Kadir, Presiden MCA Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Bersatu
Mohamed Azmin Ali.
Turut sama mengunjungi kediaman Ahli Parlimen Tapah.itu adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz.
Nnnn
