KUALA LUMPUR 24 Okt. – Sebanyak 31 syarikat pelancongan diberikan lesen rasmi oleh Tabung Haji (TH) sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan Pakej Haji bagi musim 1447H/2026M. Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun, berkata Jawatankuasa Urusan Haji menilai 60 permohonan lesen sebelum memilih 31 syarikat berdasarkan semakan menyeluruh meliputi keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang, rekod pengurusan jemaah serta prestasi operasi terdahulu. “Pelantikan ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian, garis panduan dan syarat yang ditetapkan, selaras dengan tanggungjawab TH sebagai peneraju urusan haji negara,” katanya…
Read MoreMonth: October 2025
Tiada arahan tutup pondok tidak berdaftar
PUTRAJAYA 24 Okt. – Kerajaan Persekutuan tidak pernah bercadang mengeluarkan arahan penutupan pondok-pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah seperti tular di media sosial, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd Na’im Mokhtar. Beliau menyifatkan dakwaan tidak benar itu berniat jahat dan bersifat fitnah tanpa menyatakan sebarang sumber yang sahih atau rasmi. “Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kerajaan Persekutuan atau Jabatan di bawah saya akan mengarah penutupan pondok-pondok tidak berdaftar di Kelantan dan Kedah. Dakwaan tersebut adalah tidak benar, berniat jahat…
Read MoreBerita pilihan…
Pertemuan Hamas, Fatah di Mesir
KAHERAH – Delegasi daripada Hamas dan parti saingannya, Fatah, mengadakan pertemuan di Mesir bagi membincangkan urusan pentadbiran dan susunan politik pasca perang di Semenanjung Gaza. Media tempatan yang dikaitkan dengan kerajaan Mesir, melalui saluran Al-Qahera News, memetik sumber perkhidmatan perisikan Mesir, pertemuan itu diadakan “bagi membincangkan situasi politik nasional secara keseluruhan serta persiapan selepas berakhirnya perang di Gaza. Pertemuan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Mesir untuk memulihkan kestabilan di wilayah Palestin dan menyatukan semula dua pergerakan utama — Hamas, yang mentadbir Gaza sejak 2007, dan Fatah, yang menguasai…
Read MoreTrump beri amaran kepada Israel
BAITULMUQADDIS – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Israel mengenai rancangan mengambil alih atau menjadikan Tebing Barat yang diduduki sebagai sebahagian daripada wilayah rejim itu. Kenyataan itu dibuat kepada majalah Time melalui telefon pada 15 Oktober – hanya beberapa hari selepas rancangan gencatan senjata Gaza yang diterajuinya berkuat kuasa – tetapi ia hanya diterbitkan pada Khamis. “Ia tidak akan berlaku kerana saya sudah berjanji kepada negara-negara Arab.” sambil menegaskan “Israel akan kehilangan semua sokongannya daripada Amerika Syarikat jika itu berlaku.” Beliau ditanya tentang seruan di Israel…
Read MoreMedia Hari Ini Jumaat 24.10.2025
Tuntut penjelasan KDN aktiviti mencurigakan
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan apa yang didakwa ‘serbuan ke atas Masjid Rusila’, Takiyuddin Hassan, tampil sekali lagi menuntut penjelasan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berhubung insiden itu. Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), yang membangkitkan insiden tersebut di Dewan Rakyat semalam mengulangi kenyataan berlaku aktiviti mencurigakan berbentuk “ala-komando” di Masjid Rusila, Marang, bulan lalu yang melibatkan anggota APMM. Bercakap kepada pemberita di Dewan Rakyat, hari ini, ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan perwatakan, perlakuan, dan pergerakan…
Read MoreAnggota APMM hanya singgah solat
PUTRAJAYA 23 Okt. – Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang didakwa menyerbu Masjid Rusila di Marang, Terengganu pada 19 September lalu hanya singgah menunaikan solat Asar semasa menjalani latihan terancang. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, insiden yang melibatkan enam anggota tidak sepatutnya disalahtafsirka sebaliknya ia hanyalah salah faham dan kes diselesaikan pihak berkuasa. “Janganlah melebih-lebihkan satu program yang bertujuan melahirkan pasukan elit tanpa meneliti fakta sebenar. Perkara ini telah diurus dengan baik pada bulan lepas, namun tiba-tiba diberi gambaran seolah-olah berlaku serbuan komando masuk ruang solat…
Read MorePN bantah kehadiran Trump
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) membantah sekeras-kerasnya kehadiran Presiden Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN di sini susulan peranan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis Israel. Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata, Malaysia mesti mengambil pendirian tegas dan berprinsip terhadap kekejaman rejim Israel dan sekutunya termasuk AS, yang terus menafikan hak rakyat Palestin. Menurutnya, dunia kini berbicara tentang gencatan senjata di Gaza, namun gencatan tanpa keadilan tidak membawa sebarang makna kerana ia hanya memberi ruang sementara sebelum serangan seterusnya berlaku. “Kita tahu gencatan senjata tanpa…
Read MorePasport menantu Muhyiddin sudah dibatalkan
PUTRAJAYA 23 Okt. – Pasport menantu Muhyiddin Yassin, Muhammad Adlan Berhan yang melarikan diri ke luar negara, sudah pun dibatalkan, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau memberitahu, pembatalan itu dilakukan oleh Jabatan Imigresen susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan siasatan terhadap ahli perniagaan yang menjadi buruan itu. “Sudah, sudah (pasport Muhammad Adlan sudah dibatalkan. Saya diberi faham oleh Jabatan Imigresen bahawa SPRM pernah mengangkat permohonan untuk membatalkan permohonan individu tersebut (menantu Muhyiddin). “Hal itu (pembatalan pasport) telah pun dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen. Yang itu saya boleh…
Read More