Dr MAZA tegur sambutan terlalu meriah

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Mufti Perlis,  Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) menegur sambutan terlalu meriah yang disediakan kerajaan bagi meraikan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke negara ini. Jelasnya, sambutan yang dimeriahkan dengan tarian kebudayaan dan pelbagai lagi acara sampingan, tidak melambangkan prinsip Malaysia yang membantah tindak tanduk Trump ke atas penduduk Gaza. “Saya tiada masalah untuk menyambut Trump sebagai seorang ketua negara yang hadir atas urusan diplomatik dan pentadbiran antara kerajaan. Sambut sekadarnya. Namun, sambutan yang terlebih meriah dengan tarian dan segala macam, bagi saya…

Read More

Timor-Leste anggota ASEAN ke-11

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Timor-Leste secara rasminya menjadi negara anggota ASEAN ke-11 selepas 14 tahun negara itu memohon untuk menyertai blok serantau itu pada tahun 2011 setelah merdeka pada tahun 2002. Penyertaan direalisasikan sempena Majlis Menandatangani Deklarasi Penyertaan Timor-Leste ke ASEAN yang ditandatangani semua 11 pemimpin negara anggota yang dipengerusikan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim. Detik penuh bermakna menyusul selepas bendera Timor-Leste dipasang di atas pentas sebaris dengan 10 negara anggota lain, menandakan simbolik penyertaan. Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão, dalam ucapan pertama selepas secara rasmi menjadi Negara…

Read More

Kamala Harris mahu tanding semula?

LONDON – Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, berkata beliau mungkin akan bertanding semula untuk jawatan Presiden sebagai calon Parti Demokrat untuk pilihan raya 2028. Harris, yang menggantikan Joe Biden sebagai calon Presiden Demokrat 2024 tetapi tewas kepada Donald Trump, memberitahu saluran BBC bahawa beliau belum selesai” dalam arena politik Amerika. “Saya belum memutuskan lagi apa yang akan saya lakukan pada masa hadapan, selain daripada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya. Walaupun belum memutuskan sama ada akan membuat percubaan semula merebut kerusi di Rumah Putih Harris berkata, anak…

Read More

Catherine Connolly Presiden Ireland

DUBLIN – Calon Bebas berhaluan kiri, Catherine Connolly dipilih sebagai presiden baharu Ireland selepas mencatatkan kemenangan besar beliau ke atas calon yang disokong kerajaan, Heather Humphreys. Connolly, 68 wanita dari Galway itu memperoleh 914,143 undi atau 63 peratus undi dengan kemenangan besar di beberapa kawasan pilihan raya termasuk Dublin, Galway, Donegal, Clare, Meath dan Waterford serta Donegal. Presiden ke-10 yang menjadi ahli parlimen sejak 2016 itu menewaskan Humphreys calon gabungan pemerintah Fine Gael-Fianna Fail yang memperoleh 29 peratus manakala calon menarik diri Jim Gavin mendapat 7 peratus. Kemenangan Connolly menandakan…

Read More

Haji: Tangguh, badal atau bukan lagi kewajipan

SINGAPURA 25 Okt.  – Bakal jemaah yang tidak dapat menunaikan ibadah Haji atas sebab kesihatan dibenarkan menangguhkan ibadah itu atau melantik wakil untuk melaksanakannya, demikian fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Singapura. Timbalan Mufti Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar berkata fatwa itu disediakan bagi membantu bakal jemaah Haji yang tidak diberikan visa oleh Arab Saudi kerana masalah kesihatan. Bercakap pada sidang media di bangunan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) semalam, Dr Izal Mustafa Kamar berkata fatwa itu disediakan bagi membantu bakal jemaah Haji yang tidak diberikan visa oleh Arab Saudi kerana masalah…

Read More

Larangan masuk Sabah ikut prosedur

KOTA KINABALU  24 Okt. – Jabatan Imigresen Sabah menegaskan tindakan tidak membenarkan ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei, memasuki negeri itu semalam (Khamis) adalah berlandaskan prosedur yang sah dan mengikut undang-undang. Pengarahnya, SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata, hasil siasatan mendapati semasa pemeriksaan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), nama sebenar Albert Tei, iaitu Tei Jiann Cheing, disenaraikan dalam rekod Notis Arahan Sekatan (NAS) yang masih aktif. “Semasa ditemu bual, Albert Tei memaklumkan tujuan kedatangannya adalah untuk bertemu rakan, namun beliau tidak mengemukakan sebarang bukti atau dokumen sokongan…

Read More

52 kes hiwalah didaftar, 26 kes selesai

PUTRAJAYA 24 Okt. – Setakat September lalu, sebanyak 152 kes hiwalah didaftarkan di Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), bagi membantu isteri atau bekas isteri dan anak-anak yang teraniaya akibat kegagalan pemberian nafkah. Daripada jumlah itu, sebanyak 26 kes diselesaikan melalui pembekuan akaun bank milik penghutang penghakiman dengan nilai keseluruhan simpanan yang dipindah kepada pemiutang penghakiman daripada akaun tersebut sebanyak RM79,820. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, nilai keseluruhan simpanan yang dipindahkan kepada pemiutang penghakiman daripada akaun tersebut adalah sebanyak…

Read More