KUALA LUMPUR 23 Okt. – Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kekurangan aspek logistik dan kemudahan penginapan menjadi faktor utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 tidak berlangsung di Putrajaya. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, walaupun Putrajaya mempunyai fasiliti seperti dewan yang memuaskan, namun kapasiti penginapan masih tidak mencukupi bagi menampung keperluan delegasi luar. “Ada persoalan tentang mengapa tidak di Putrajaya, saya ingat Menteri Luar sudah jelaskan. Ia adalah kerana logistik tidak cukup, dewan baik tapi kemudahan hotel tidak cukup untuk keperluan pimpinan beberapa negara seperti China atau Amerika Syarikat… sebab bila…
Read MoreMonth: October 2025
PM setuju hukuman rotan di sekolah
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Anwar Ibrahim secara peribadi bersetuju dengan pengembalian hukuman rotan di sekolah, dengan pelaksanannya perlulah disertai syarat ketat termasuklah memastikan hukuman tidak dilakukan di hadapan umum. “Pandangan peribadi saya, hukuman rotan harus dikembalikan, (Namun) bukan diberi kelonggaran sepenuhnya, rotan mungkin (dilakukan) di tangan. “Saya pernah jadi guru dan saya ingat puluhan anak-anak saya dah rotan. Tapi di tangan, tentunya tidak teruk sangat, sehingga nampak seperti penderaan,” katanya menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini. Mengulas lanjut, Anwar mengakui…
Read MoreIbrahim Ali jawab sindiran Rafizi
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) bukan bumbung baharu tetapi asas baharu untuk rakyat kembali berteduh daripada politik usang dan kepalsuan janji Madani, kata Presiden Putra, Ibrahim Ali. Beliau berkata, IPR yang melibatkan 11 parti politik di luar kerajaan bukan projek politik peribadi, tetapi payung penyatuan, supaya suara pembangkang tidak terpisah, dan rakyat ada harapan baru yang bebas daripada percaturan gila kuasa. “Selama dua tahun Madani berkuasa, rakyat makin terhimpit, harga barang naik, gaji tak cukup, hutang negara melambung. Kalau itu rumah lama yang Rafizi (Rafizi Ramli)…
Read More‘Serbu’: Penjelasan Masjid Rusila
RESPON TERHADAP KENYATAAN KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA 1- Pihak kami meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Agensi Penguatkuasaan maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Ketua Pengarah pada 22 oktober 2025 berkaitan isu yang berlaku di Masjid Rusila pada 19 September 2025. 2- Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Masjid tidak pernah menerima sebarang permohonan atau permakluman untuk apa-apa aktiviti yang dinyatakan didalam kenyataan tersebut sama ada secara lisan ataupun secara bertulis. 3- Pihak Masjid juga telah menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mendapat pengesahan dari mereka sekiranya ada apa-apa aktiviti dari mana-…
Read MoreBerita pilihan…
Penutupan lintasan jejas bantuan
HAMILTON (Kanada) – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, penutupan lintasan sempadan oleh Israel menghalang penghantaran bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, meskipun orang awam mula berpindah ke kawasan yang boleh diakses sejak gencatan senjata dimeterai 10 Oktober lalu. Jurucakap PBB, Farhan Haq, memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) sebagai berkata, sejak gencatan senjata berkuat kuasa lebih 10 hari lalu, PBB bersama rakan kongsinya telah mempertingkatkan operasi bantuan di Gaza, khususnya di kawasan tengah dan selatan wilayah itu. Bagaimanapun penutupan berterusan lintasan Zikim dan Erez, yang menjadi laluan terus ke…
Read MoreRUU ambil alih Tebing Barat
BAITULMUQADDIS – Di sebalik ketegasan Presiden Donald Trump, yang tidak akan menyokong pengambilan wilayah di Tebing Barat, ahli Parlimen Israel meluluskan usul bagi menggubal dua rang undang-undang (RUU) bagi mengambil alih atau menjadikan Tebing Barat yang diduduki sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Pengundian itu berlangsung ketika Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance, berada di Israel bagi mengukuhkan usaha gencatan senjata Gaza yang diusahakan oleh Trump, yang sebelum ini menegaskan beliau tidak akan menyokong pengambilan wilayah di Tebing Barat. Rancangan mengambil alih itu adalah satu hasrat yang secara terbuka diperjuangkan oleh…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 23.10.2025
APMM nafi serbu Masjid Rusila
PUTRAJAYA 22 Okt. – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pasukan elit agensi itu terbabit latihan di Masjid Rusila, Marang, Terengganu pada 19 September lalu. Ketua Pengarah APMM, Mohd Rosli Abdullah berkata, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas malah berpotensi menjejaskan imej pasukan keselamatan serta menjatuhkan moral operator pasukan elit negara. “Masjid berkenaan hanya menjadi lokasi beriktikaf dan rehat pelatih selepas menunaikan solat Asar sebelum menerima tugasan seterusnya. Pihak masjid dimaklumkan lebih awal mengenai kehadiran pelatih dan tiada sebarang gangguan terhadap jemaah mahupun aktiviti keagamaan berlaku. Elemen keagamaan…
Read MoreManfaatkan pertemuan dengan Trump
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dijadualkan tiba Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadualkan berlangsung mulai Sabtu ini. Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata pertemuan bersemuka itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memperluas kerjasama strategik antara Malaysia dan AS dalam bidang perdagangan, keselamatan dan kemanusiaan khususnya berhubung isu Gaza. Katanya, dalam usaha memperjuangkan isu Gaza, Malaysia sudah berhubung dengan Mesir, Turkiye dan Arab Saudi bagi memperkukuh usaha membawa suara bersama melalui Liga…
Read More