Anggota APMM hanya singgah solat

PUTRAJAYA 23 Okt. – Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang didakwa menyerbu Masjid Rusila di Marang, Terengganu pada 19 September lalu hanya singgah menunaikan solat Asar semasa menjalani latihan terancang.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, insiden yang melibatkan enam anggota tidak sepatutnya disalahtafsirka sebaliknya ia hanyalah salah faham dan kes diselesaikan pihak berkuasa.

“Janganlah melebih-lebihkan satu program yang bertujuan melahirkan pasukan elit tanpa meneliti fakta sebenar. Perkara ini telah diurus dengan baik pada bulan lepas, namun tiba-tiba diberi gambaran seolah-olah berlaku serbuan komando masuk ruang solat dengan memakai kasut, sedangkan perkara ini amat sensitif,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini..

Saifuddin Nasution berkata, latihan itu dijalankan dari Kuala Terengganu hingga ke Kuantan, Pahang dengan beberapa lokasi awam dijadikan checkpoint, dan Masjid Rusila adalah satu daripada tepat persinggahan untuk tujuan menunaikan solat.

Beliau berkata, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) setelah polis mendapati tiada sebarang kejadian luar biasa berlaku dan penerangan lengkap telah diberikan kepada pengurusan masjid berkenaan.

Saifuddin Nasution mengingatkan semua pihak agar berpada-pada dalam membincangan perkara yang boleh menjejaskan tanggungjawab pasukan penguatkuasaan negara.

“Biar kita berlaku adil dalam menyampaikan maklumat, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau di luar, supaya tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.,” katanya.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment