Penyerahan Kekayaan Negara8

  1.Hitam putih. Tiada yang kelabu. 2.Begitulah perjanjian yang dimasuki antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Lihat saja pada terma perjanjian. Berat sebelah. Memihak pada Amerika Syarikat. 3. Klausa 2.1 Perjanjian tersebut menyatakan Malaysia tidak boleh kenakan lesen pengimportan pada barangan berasal dari Amerika dalam bentuk yang menghadkan kemasukan barangan tersebut. Tidak boleh kenakan syarat yang akan mengurangkan daya saing produk Amerika. 4.Klausa 2.3 menyatakan Malaysia mesti memberikan akses tanpa diskriminasi atau akses pasaran keutamaan kepada produk-produk pertanian dari Amerika. Ini termasuk produk keju dan daging yang sebelum ini mempunyai standad…

Read More

Trump datang berbilion kita bagi Amerika

KUALA LUMPUR 28 Okt. –  Seorang penyokong kerajaan dukacita dengan tindakan kerajaan menandatangani perjanjian jual beli gas asli cecair (LNG) dengan Amerika Syarikat (AS) yang disifatkannya pemunggahan harta negara miskin kepada Amerika. Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) menyifatkan langkah yang diambil kerajaan semasa Presiden negara itu hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN, kelmarin seperti satu penggadaian negara kepada AS dan menuntut penjelasan di Dewan Rakyat. “Bagaimana ini, Yang Amat Berhormat Tambun ( Anwar Ibrahim) apa sudah jadi? “Beratus tahun negara kita mempertahankan melawan Belanda, Portugis, Inggeris, kita merdeka, tapi hari ini…

Read More

Pemilih daftar sehingga Ogos layak mengundi

KOTA KINABALU 28 Okt. – Hanya pemilih yang berdaftar sehingga Ogos lalu layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 yang dijadualkan pada 29 November depan. Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nanti ialah sehingga Daftar Pemilih Tambahan (DPT)Bulan Ogos Tahun 2025 yang dikemas kini sehingga 5 Oktober 2025. Ketua Program Latihan (Akademi Pilihan Raya) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Nik Aminudin Nik Shahar Shah, berkata berdasarkan DPPR itu, mereka yang mencapai umur 18 tahun dan didaftarkan sebagai pemilih selepas Ogos tidak…

Read More

Sesi persekolahan kembali ke Januari

PUTRAJAYA 28 Okt . – Sesi persekolahan kembali semula pada bulan Januari tahun depan susulan susunan kalendar akademik tahun 2026 yang bermula pada 11 dan 12 Januari 2026 mengikut kumpulan negeri. Menurut kalendar akademik tahun 2026, bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di negeri-negeri Kumpulan A, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, ia akan bermula pada 11 Januari 2026. Bagi negeri Kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula, sesi persekolahan akan bermula sehari selepas itu, iaitu…

Read More

54 juta kunjungi dua masjid suci

MAKKAH – Lebih 54 juta umat Islam mengunjungi Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang Rabiulakhir, bermula pada 23 September hingga 22 Oktober lalu. Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi, dalam tempoh itu lebih 17 juta umat Islam berhimpun untuk beribadah di Masjidilharam termasuk 11 juta orang yang menunaikan umrah. Masjidilharam dengan keluasan sehingga 456,000 meter persegi mampu untuk menampung sehingga 1.2 juta jemaah. Sementara itu, Masjid Nabawi pula menerima lebih 21 juta jemaah, dengan dua juta orang mengunjungi Al-Rawdah Al-Sharifah dan…

Read More

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah lama

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Gerakan untuk menjatuhkan Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin, didakwa sudah bermula sejak Ahli Parlimen Pagoh itu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2021. Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Dr Marzuki Mohamad,  berkata berdasarkan pemerhatiannya, berlaku perubahan sikap yang ketara dalam kalangan beberapa pemimpin kanan parti selepas peletakan jawatan itu. “Mereka mula menjauhkan diri dari Muhyiddin dan arahannya tidak diambil serius malah mesej-mesej yang dihantar melalui telefon berhari-hari tidak dijawab. Malah seorang pemimpin sayap muda parti yang boleh dikatakan ‘anak emas’ Muhyiddin, mula bercakap secara terang-terangan…

Read More

MB Perlis, Saifuddin digugur Pengerusi PN

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (MPTN) malam tadi menggugurkan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli sebagai Pengerusi PN Pahang dan Perlis. Mulai hari ini, Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai PN Pahang manakala Ahli Parlimen Arau, yang juga ahli jawatankuasa Pas Pusat, Dr Shahidan Kassim sebagai Pengerusi PN Perlis. Setiausaha Agung PN, Mohamed Azmin Ali mengumumkan demikian dalam satu kenyataan malam tadi selepas mesyuarat yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN. Bagi jawatan Pengerusi PN Johor,…

Read More

Menang Presiden Cameroon penggal ke-8

YAOUNDE – Bagi penggal kelapan, Paul Biya yang berusia 92 tahun mengekalkan kedudukan sebagai Presiden Cameroon, selepas memenangi pilihan raya yang penuh kontroversi dan dipertikaikan oleh pembangkang. Menurut Majlis Perlembagaan negara itu, Biya memperoleh 53.7 peratus undi, menewaskan pencabar utama, Issa Tchiroma Bakary yang meraih 35.2 peratus undi. Biya mula memegang jawatan itu pada 1982 dan memansuhkan had tempoh jawatan presiden pada tahun 2008 dan sentiasa memenangi pilihan raya presiden dengan margin undi yang selesa. Dalam kenyataan selepas kemenangan diumumkan, Biya mengucapkan terima kasih kepada rakyat kerana terus memberi kepercayaan…

Read More

Trump mahu tanding bagi penggal ketiga?

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak menolak kemungkinan untuk bertanding semula jawatan Presiden bagi penggal ketiga, walaupun Perlembagaan negara itu melarang perkara tersebut. Dalam satu kenyataan kepada media semasa lawatannya ke Asia, Trump berkata, beliau “suka” dengan idea untuk kembali ke White House, tetapi menolak cadangan untuk bertanding sebagai Naib Presiden pada 2028. Bagi mengelak dengan larangan Perlembagaan, ada penyokong mencadangkan Trump bertanding Naib Presiden. “Saya rasa orang ramai tidak akan suka. Ia terlalu licik. Ia tidak betul,” katanya kepada wartawan semasa dalam penerbangan dari Malaysia ke…

Read More