KUALA LUMPUR 15 Okt. – Penggunaan perkataan ‘sueh’ yang difahami ‘sewel’ mencetuskan sedikit perdebatan dalam kalangan ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat petang ini. Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) ketika perbahasan bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2026 menggunakan perkataan sueh terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan pelbagai isu yang timbul di sekolah ketika ini. Dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan mempersoal kewajaran perkataan itu digunakan terhadap Fadhlina selepas menganggap ‘sueh’ membawa makna kurang sopan. RSN Rayer (PH-Jelutong) terlebih dahulu bangkit meminta penjelasan adakah Rosol menggunakan perkataan…
Read MoreDay: October 15, 2025
Setakat ini, tiada masalah kesihatan mental
SHAH ALAM 15 Okt. – Siasatan polis setakat ini tidak menemui petunjuk bahawa suspek berusia 14 tahun yang menikam dan membunuh pelajar perempuan sekolah sama di Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam mengalami masalah kesihatan mental. Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, bagaimanapun berkata, suspek akan dihantar untuk penilaian psikiatri selepas siasatan selesai dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, Katanya , dorongan emosi dan pengaruh media sosial mungkin mendorong tindakan suspek berusia 14 tahun itu. Beliau berkata siasatan setakat ini menunjukkan bahawa faktor-faktor terbabit menyumbang kepada tindakan pelajar lelaki…
Read MorePas gerak rakyat bantah kehadiran Trump
KUALA LUMPUR 15 Okt. – Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan menjemput Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang didakwanya mendukung rejim zalim ke negara ini. Dalam perbahasan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, beliau menyifatkan tokoh berkenaan sebagai ‘syaitan besar’ yang tidak sepatutnya diberikan ruang dalam negara ini, apatah lagi membawa pengaruh dari kerajaan yang dilaknat Allah SWT. Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pencelahan beberapa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berhubung Trump semasa membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.…
Read MoreBahaya jika namakan calon PM lebih awal
KUALA LUMPUR 15 Okt. – Menamakan calon Perdana Menteri lebih awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) boleh mengundang ‘bahaya’ kepada pemimpin yang dipilih, kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Ahli Parlimen Marang itu berkata selain itu, Perikatan Nasional (PN) mengutamakan integriti dalam memilih calon Perdana Menteri. Ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Abdul Hadi tampil menjelaskan mengapa tidak menamakan daripada awal siapa calon Perdana Menteri itu. “Mengapa kita tak namakan daripada awal… (sebabnya) nak jaga keselamatan, (kerana) ada bahayanya (jika kita umum…
Read MoreHenti tular foto insiden tikaman
KUALA LUMPUR 15 Okt. – Semua pihak digesa tidak berkongsi gambar atau video, yang memaparkan mangsa, pelajar lain atau lokasi kejadian pelajar maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, semalam. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan berkata, orang ramai diminta agar bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak berkongsi, menghantar semula atau memuat naik sebarang kandungan. Dalam kenyataan itu juga, MCMC mengingatkan, sekiranya kandungan sedemikian telah dimuat naik, orang ramai dinasihatkan supaya segera memadamkannya. “Perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa bukan sahaja melanggar privasi dan…
Read MoreBerita pilihan…
20 maut akibat sirap ubat batuk tercemar
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran berhubung tiga sirap ubat batuk tercemar yang dikeluarkan di India, serta menasihatkan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia memaklumkan kepada WHO sekiranya produk berkenaan ditemui di negara masing-masing. Sirap yang tercemar itu dikenal pasti sebagai kelompok khas produk Coldrif keluaran Sresan Pharmaceutical, Respifresh TR keluaran Rednex Pharmaceuticals dan ReLife keluaran Shape Pharma. Amaran WHO itu dikeluarkan susulan penahanan seorang doktor di negeri Madhya Pradesh, tengah India, oleh pihak polis berhubung kematian sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak yang dipercayai akibat penggunaan sirap ubat batuk tercemar. Pada 8…
Read MoreAS$70 bilion bina semula Gaza
GENEVA – Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan AS$70 bilion, demikian menurut Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Jaco Cilliers. UNDP bagaimanapun tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa bagi kerja-kerja pembinaan semula itu kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima, namun Cilliers berkata proses terbabit boleh mengambil masa “berdekad-dekad”. Menurut anggaran UNDP, sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan bersamaan 13 kali ganda saiz Piramid Giza yang perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan.…
Read More