9 barangan harga kawalan Deepavali

KOTA KINABALU 13 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menguatkuasakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2025 mulai Khamis ini yang membabitkan sembilan jenis barangan. Menterinya,  Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan skim itu adalah selama tujuh hari sehingga 22 Oktober ini. Katanya, pelaksanaan skim itu bertujuan memastikan kestabilan harga barangan keperluan pengguna sepanjang musim perayaan serta mengelakkan sebarang kenaikan harga tidak munasabah oleh peniaga. Beliau berkata barang berkenaan ialah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, bawang merah kecil India, bawang merah…

Read More

Asyraf Wajdi calon BN Grik PRU16

KUALA LUMPUR 13 Okt . – Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki diumum sebagai calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Gerik pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Pengerusi BN,  Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temenggor, Datuk Salbiah Mohamed, akan dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi sama. Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk Gerik supaya menerima Asyraf Wajdi sebagai calon dengan menyifatkan beliau mempunyai potensi besar untuk membawa perubahan kepada kawasan Gerik. Beliau berkata, meskipun terdapat beberapa tokoh tempatan yang layak untuk diketengahkan,…

Read More

Bukan setakat Carcosa Seri Negara – Khazanah

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menjelaskan pelaburan RM600 juta bukan setakat kerja-kerja pemuliharaan Carcosa Seri Negara tetapi turut membabitkan enam blok bangunan dalam Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad di sini. Pengarah Urusan Khazanah,  Amirul Feisal Wan Zahir berkata, pelaburan ini adalah sebahagian daripada inisiatif di bawah Warisan KL, yang akan terus menggiatkan semula warisan ibu kota dan mentakrifkan semula peranannya sebagai hab budaya dan ekonomi. Beliau berkata, ia juga akan menghubungkan sejarah Malaysia dengan masa depan yang kreatif dan progresif. “Belanjawan 2026 mencerminkan usaha dan komitmen…

Read More

PN mahu perkenal BPN RM6,000 setahun

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga RM6,000 setahun atau RM500 sebulan kepada isi rumah memerlukan jika dipilih mentadbir Putrajaya selepas PRU16. Ketua Pembangkang  Hamzah Zainudin turut memberi bayangan pembangkang akan menawarkan pendidikan percuma di peringkat pra-siswazah serta menambah peruntukan kesihatan. Ahli Parlimen Larut itu berkata,  berdasarkan Belanjawan 2026 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lalu, pihaknya yakin kedudukan fiskal negara memberi keupayaan memperkenalkan BPN. “Berbeza bantuan bersyarat dan terhad seperti skim SARA yang mengekang pilihan rakyat, PN akan memberikan…

Read More

Kaji semula Khazanah labur RM600 juta

KUALA LUMPUR 13 Okt.  – Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mempersoal langkah kerajaan mengumumkan pelaburan RM600 juta daripada Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional) untuk kerja-kerja membaik pulih bangunan bersejarah, Carcosa Seri Negara. Ahli Parlimen Larut itu, menyifatkan langkah itu ‘melencong’ daripada tujuan dan peranan sebenar penubuhan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) yang sepatutnya mengukuhkan daya tahan ekonomi serta menjana pulangan jangka panjang untuk rakyat. Hamzah mengesyorkan kepada kerajaan agar menswastakan bangunan Carcosa Seri Negara kepada syarikat yang mampu ‘menjaga’ bangunan bersejarah berkenaan. Sehubungan itu, beliau memberitahu Menteri Kewangan II, Amir Hamzah…

Read More

4 pelajar dibuang serta merta, kekal duduki SPM

PUTRAJAYA 13 Okt. – Lembaga Tatatertib Sekolah yang bersidang hari ini memutuskan kesemua empat pelajar yang terlibat dalam kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Melaka, dibuang sekolah serta-merta. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Mohd Azam Ahmad berkata, mereka bagaimanapun dibenarkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  sama ada di pusat tahanan, atau tempat yang berasingan. Bercakap pada sidang media di sini, beliau menegaskan kebenaran utnuk suspek mengambil SPM tidak sama sekali bermakna mereka terlepas daripada hukuman dan ia tidak mengganggu proses undang-undang yang sedang berjalan. Katanya, hak suspek sebagai…

Read More

Sistem pendidikan ada ‘kecacatan’

PUTRAJAYA 13 Okt. – Sistem pendidikan negara bukan lagi hanya menekankan pengetahuan semata-mata, sebaliknya perlu memberikan penekanan kepada aspek nilai, moral dan prinsip etika, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri, berkata ketika ini sistem sedia ada mempunyai kecacatan susulan insiden membabitkan buli serta rogol dalam kalangan pelajar akhir-akhir ini. Kata, kejadian seumpana itu mencerminkan kelemahan sistem pendidikan negara yang terlalu menekankan aspek ilmu pengetahuan semata-mata tetapi mengabaikan nilai moral dan etika yang menjadi asas pembentukan insan berakhlak. “Macam (isu) buli. Ini baru saya umum hari Jumaat, umum pasal buli memang keputusan…

Read More

Perang di Gaza berakhir – Trump

ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menegaskan perang di Gaza telah berakhir dan yakin perjanjian gencatan senjata berdasarkan pelan 20 perkara yang diumumkannya Rabu lalu akan kekal utuh. “Perang sudah berakhir, faham?” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One selepas berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Andrews di Maryland menuju ke destinasi pertamanya, Tel Aviv. Beliau menjawab pertanyaan mengenai Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang belum mengakui berakhirnya konflik itu. Trump berlepas ke Asia Barat bagi menghadiri sidang kemuncak antarabangsa berhubung gencatan senjata yang dipersetujui di wilayah…

Read More

Israel isytihar kemenangan

BAITULMAQDIS – Israel mengisytiharkan kemenangan dalam peperangan dengan Hamas apabila kumpulan pejuang itu bersiap sedia untuk membebaskan baki tebusan yang masih hidup. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dengan yakin menyatakan: “Ini adalah malam yang penuh emosi, malam air mata dan kegembiraan, kerana esok anak-anak kita akan pulang ke sempadan kita. “Kita telah mencapai kemenangan besar yang mengagumkan seluruh dunia… tetapi saya harus katakan, perjuangan ini belum berakhir.”, katanya sambil memetik ayat kitab agamanya. Ketua tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir, turut mengisytiharkan kemenangan. “Tekanan ketenteraan yang kami kenakan sejak dua…

Read More