UMNO tegas tangguh RUU PSB KUALA LUMPUR 3 Okt. – UMNO berpendirian tegas untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 yang dijadual dibentang untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu depan. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pembentangan RUU itu perlu ditangguhkan sehingga dilakukan rombakan besar yang mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan. Katanya, pendirian itu selaras dengan Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar hari ini yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, pemaju dan orang perseorangan pelbagai kaum. Beliau berkata…
Read MoreDay: October 3, 2025
Berii ruang kepada Lembaga Disiplin Bersatu KUALA LUMPUR 3 Okt. – Semua ahli Bersatu diingatkan supaya tidak membiarkan cabaran dalaman mengalih perhatian daripada matlamat memperkukuhkan parti serta Perikatan Nasional (PN) dan membela kepentingan rakyat. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berkata, beliau amat memahami keresahan dan kegusaran yang sedang dirasai oleh ahli-ahli Bersatu berhubung dengan cabaran yang sedang dihadapi. “Saat inilah kita diuji dan saya yakin dengan kesabaran serta disiplin, kita akan keluar daripada cabaran ini lebih kuat, lebih utuh dan lebih Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan. Justeru beliau mahu semua ahli…
Read MoreGSF: Segala usaha sedang dilakukan
SSEPANG 3 Okt. – Segala daya dan upaya sedang digembleng bagi memastikan semua aktivis dan sukarelawan Malaysia dibebaskan segera tanpa sebarang kompromi, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pagi ini beliau telah berhubung dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby, bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung usaha membawa pulang aktivis dan sukarelawan Malaysia. “Sebagai Penaung Utama Misi Kemanusiaan Sumud Nusantara, saya turut menitipkan salam kepada keluarga delegasi Malaysia, selain meminta agar keadaan kesihatan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di…
Read MoreBatal atau isytihar cuti ‘sambut’ Trump
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mencadangkan kerajaan mengisytiharkan cuti umum jika kekal dengan pendirian menjemput Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara. Pemangku Ketua Wira, Dr. Mohamad Izwan Zainal berkata, mengisytiharkan cuti akan membolehkan rakyat dapat turun ke jalan raya berhimpun, melawan simbol penindasan ini secara terbuka dan lantang. “Kerajaan tidak boleh berlindung di sebalik alasan politik atau diplomasi. Dua pilihan sahaja yang ada, batalkan jemputan Trump — biar dunia tahu Malaysia menolak sekeras-kerasnya tangan Amerika yang bersubahat dengan Israel. Jika…
Read MoreBerita pilihan….
India, China sambung penerbangan
NEW DELHI – Selepas lebih lima tahun dibekukan, India dan China akan menyambung semula penerbangan terus antara bandar-bandar tertentu bulan ini, demikian pengumuman Kementerian Luar India semalam. Langkah itu dilihat sebagai isyarat awal pelonggaran ketegangan dua hala di mana kali terakhir penerbangan terus antara India dan China beroperasi adalah pada 2020, meskipun China kekal sebagai rakan dagang terbesar India. Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo, mengesahkan akan memulakan penerbangan tanpa henti setiap hari dari Kolkata ke Guangzhou bermula 26 Okt ini, selain merancang membuka laluan baharu dari New Delhi ke salah…
Read MoreMesir, Qatar, Turkiye usaha yakinkan Hamas
PARIS – Mesir memberi amaran konflik akan terus memuncak sekiranya Hamas enggan memberi kata putus positif mengenai pelan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang bertujuan menamatkan perang hampir dua tahun di Gaza. Menteri Luar, Badr Abdelatty dalam ucapannya di Institut Hubungan Antarabangsa Perancis pada Khamis menegaskan, Hamas perlu dilucutkan senjata, manakala Israel tidak wajar diberi alasan untuk meneruskan serangan kejam di Gaza. Katanya, Mesir kini giat bekerjasama dengan Qatar dan Turkiye bagi meyakinkan pasukan pejuang Palestin, Hamas untuk menerima pelan Presiden Trump. “Jangan beri ruang kepada mana-mana pihak menggunakan Hamas…
Read More