Genosid paling tidak berperikemanusiaan

PUTRAJAYA 28 Sept. – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin sebagai genosid paling tidak berperikemanusiaan dalam era moden yang dilakukan tanpa rasa bersalah dan secara terang-terangan mencabul nilai kemanusiaan sejagat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sejak penubuhan negara Israel lebih 70 tahun lalu, rantau Asia Barat tidak pernah aman, dan konflik yang berterusan ini menjadi satu ironi sejarah apabila bangsa Yahudi yang dahulunya ditindas oleh rejim Nazi kini bertindak menindas bangsa lain.

Apabila Nazi menindas orang Yahudi, ramai yang bersimpati terhadap penderitaan mereka. Tetapi kini, orang yang pernah ditindas pula menindas bangsa lain. Mereka tidak belajar apa-apa daripada sejarah.

“Sudah tiba masa pemimpin negara seluruh dunia bangkit menentang tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel, mereka sombong serta jelas memperlekeh hak asasi manusia dan tamadun,” kata Dr Mahathir dalam satu hantaran video di platform media sosial miliknya.

Dalam pada itu,, Dr Mahathir menyambut baik langkah beberapa negara Eropah yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.

Dr Mahathir juga lantang mengkritik sokongan terbuka Amerika Syarikat terhadap Israel, termasuk tindakan menafikan visa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Padahal ketika PBB ditubuhkan di New York, mereka berjanji semua pemimpin dunia boleh hadir. Niat Israel adalah jelas, iaitu mengusir semua rakyat Palestin dari tanah mereka atau menghapuskan kewujudan mereka sama sekali.

“Saya mendesak satu pasukan pengaman multinasional di bawah PBB dihantar, cubaan jijik Israel dan Amerika Syarikat untuk merampas Gaza harus dihentikan,” kata Dr Mahathir..

Semalam, Dr Mahathir menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim, agar membatalkan jemputan yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean di Kuala Lumpur.

“Amerika Syarikat dan (Presidennya) Donald Trump adalah dalang utama di belakang genosid yang dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin…

“Malaysia tidak boleh berdiam diri, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tampil ke hadapan untuk menyatakan pendirian kita terhadap kekejaman Israel dan Amerika Syarikat,” kata bekas perdana menteri itu.

“Saya merayu supaya Datuk Seri Anwar membatal jemputan kepada Trump kerana dia adalah pendokong jenayah kemanusiaan yang sedang dijalankan oleh Israel ke atas rakyat Palestin,” katanya lagi.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment