19 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 7 Jan. – Sebanyak 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,628 orang.

Menurut data Kementerian Kesihatan di portal COVIDNOW, jumlah itu adalah daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini dan

empat daripada 19 kes kematian berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak,  yang ada antaranya meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,779 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 32,773 individu atau 82.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,259 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 3,494 kes dirawat di hospital dan 253 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 123 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 130 lagi memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment