Pas sudah bersedia terajui PN

ALOR SETAR  16 Sept. – Tindakan Bersatu menamakan calon Perdana Menteri (PM) dan cadangan penggunaan logo yang sama pada pilihan raya disifatkan mendahului ketetapan perlembagaan Perikatan Nasional (PN). Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata Perlembagaan PN menetapkan sebarang keputusan penting termasuk penggunaan logo pilihan raya dan pelantikan calon PM hanya boleh dibuat melalui Majlis Tertinggi PN. “Dalam PN tidak ada besar kecil, tidak ada abang besar. Kita ada empat parti komponen dan semua adalah ‘equal partner’. Jadi apa juga keputusan sama ada calon Perdana Menteri atau logo, mesti diputuskan dalam…

Read More

Hadi ingatkan kesetiaan syarat utama perjuangan

ALOR SETAR 16 Sept. – Kesetiaan atau walak antara penekanan yang diberi perhatian oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar Pas Pusat kali ke-71 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini. Dalam ucapan hampir dua jam bermula 2.15 petang itu, Abdul Hadi meminta ahli Pas tidak mempertikai keputusan dibuat kepemimpinan Pusat terutama dalam aspek memilih calon pilihan raya dan pelantikan individu ke jawatan utama. Abdul Hadi tidak menafikan isu ketaatan atau walak masih menjadi masalah besar, justeru beliau meminta calon yang tidak dipilih pada pemilihan…

Read More

Annuar Musa AJK Pusat, Idris ketuai Pas Perak

ALOR SETAR 16 Sept. – Annuar Musa adalah antara 11 ahli jawatankuasa lantikan yang dilantik pada satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat hari ini, sejurus selepas Muktamar Tahunan Pas 2025 ditangguhkan. Selain bekas Setiausaha Agung UMNO itu, turut dilantik adalah Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud, Dr Rosni Adam, Ahli Parlimen Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki. ADUN Bota Dr Najihatussalehah Ahmad, Ahli Parlimen Tangga Batu Bakri Jamaluddin, ADUN Penaga Mohd Yusni Mat Piah, Ahli Parlimen Kuala Langat Datuk Dr.…

Read More

Usia PM di bawah 70 tidak ditujukan pada sesiapa

ALOR SETAR 16 Sept. –  Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menjelaskan kenyataan beliau pada sidang media semalam supaya Perdana Menteri ke-11 sewajarnya berumur di bawah 70 tahun tidak ditujukan kepada sesiapa. Sebaliknya, Ahli Parlimen Marang itu berkata, kenyataan tersebut ditujukan kepada diri sendiri, dengan maksud supaya mencari individu yang lebih muda berbanding beliau yang kini mencecah 78 tahun. Dalam masa sama, beliau turut menasihatkan supaya calon Perdana Menteri sewajarnya seorang yang masih kuat dan gagah. “Saya jawab kepada pemberita yang umur 70 ke atas macam saya dan Mursyidul Am tak…

Read More

Sanusi minta “bagilah banyak sikit”

ALOR SETAR 16 Sept. – “Bagilah banyak sikit,”. Itu permintaan Pengarah Pilihan Raya Pas Muhammad Sanusi Md Nor kepada penyokong dan ahli parti untuk memberi sumbangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Menteri Besar Kedah itu berkata, kos berkempen untuk sebuah kerusi Parlimen kini mungkin mencecah RM1 juta dan mempertahankan kerusi sedia ada lebih sukar daripada memenanginya. Justeru katanya, parti tidak boleh lagi bergantung kepada derma RM20 sahaja memandangkan sambil menambah media sosial, saluran konvensional dan platform baharu yang memerlukan dana besar, perlu dimasukkan dalam strategi komunikasi parti. “Janganlah…

Read More

Muktamar Pas tolak RUU PSB

ALOR SETAR 16 Sept. – Muktamar Tahunan Pas ke-71 hari ini sebulat suara menolak Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) yang didakwa jelas mengancam hak rakyat dan masa depan generasi muda. Usul menolak RUU itu dibentangkan oleh perwakilan Pas Titiwangsa, Mohd Suhaimi Abdul Aziz yang disokong oleh perwakilan Pas Tangga Batu, Bakri Jamaluddin. Mohd Suhaimi ketika membentangkan usul itu berkata, RUU itu tidak wajar dilihat dari sudut perkauman, sebaliknya dasar yang digubal secara tidak telus, tergesa-gesa sehingga mengancam rakyat berbilang kaum yang tinggal dalam bandar. Katanya, sebarang undang-undang yang…

Read More

Shahidan Kassim dipilih AJK Pas Pusat

ALOR SETAR 16 Sept.  – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang juga Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim adalah antara 18 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2025-2027 yang dipilih pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-71, di sini. Beliau yang dipecat daripada UMNO selepas mewakili parti lawan pada Pilihan Raya Umum lalu memperoleh 717 undi iaitu di kedudukan ke-14. Pada pemilihan yang berlangsung di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, di sini semalam dan diumumkan hari ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari memperoleh undi tertinggi. Ketua Penerangan…

Read More

Giatkan usaha sekatan ke atas Israel

DOHA – Dunia Islam mesti mempergiat usaha diplomatik bagi mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Israel, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. Beliau berkata, dunia Islam mempunyai kemampuan untuk menggagalkan cita-cita peluasan Israel, sambil menekankan bahawa rejim itu juga perlu ditekan dari segi ekonomi. Katanya, Ankara akan terus berjuang sehingga sebuah negara Palestin ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967 dengan integriti wilayah dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara. Erdogan menegaskan demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)-Liga Arab, di ibu negara Qatar, Doha Katanya, Sidang Kemuncak Arab-Islam susulan…

Read More

Sekat Israel sertai sukan antarabangsa

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez menggesa Israel dikecualikan daripada menyertai pertandingan sukan antarabangsa susulan tindakannya di Gaza. Pada masa sama Sanchez berkata,  Israel wajar diberi layanan sama seperti Rusia yang dikenakan sekatan selepas pencerobohan ke atas Ukraine pada 2022. “Israel tidak boleh terus menggunakan sebarang platform antarabangsa untuk membersihkan imejnya,” katanya di hadapan anggota Parti Pekerja Sosialis. Kenyataan itu mencetuskan reaksi balas daripada Menteri Luar Israel, Gideon Saar yang menyifatkan Sanchez sebagai ‘memalukan’ serta menuduhnya mencetuskan protes pro-Palestin di Madrid. Protes berkenaan menyebabkan peringkat akhir perlumbaan basikal Vuelta…

Read More